in

1,400 pengguna terima bayaran balik lebihan caj bil elektrik

1,400 pengguna terima bayaran balik lebihan caj bil elektrik
PETALING JAYA : Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah membayar balik caj lebihan kepada kira-kira 1,400 pengguna terlibat berhubung isu kenaikan bil elektrik yang tular di media sosial sejak akhir Mei lalu.

Ketua Pegawai Peruncitannya, Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan menjelaskan, bayaran balik dibuat ke pada pengguna yang membuat aduan di saluran secara dalam talian atau di kaunter Kedai Tenaga seluruh negara.

“Setakat ini kita telah refund kepada pengguna di mana kita telah refund kembali ke dalam bil. Itu cara pertama. Cara kedua, ada pengguna meminta secara terus kita kreditkan ke akaun bank pengguna. Jadi, ada dua cara. Itu penyelesaian kita buat,” katanya semasa lawatan TNB bersama media di Kedai Tenaga dan TNB Careline pada Selasa.

Setakat ini, TNB telah menerima kira-kira 45,000 aduan mengenai bil elektrik sejak Mei lalu.

Sejumlah 84 peratus daripadanya bagaimanapun berjaya diselesaikan dan usaha mengatasi isu dibangkitkan pengguna sentiasa dilakukan.

“Sebagai maklum balas mengenai bil tinggi  dari pengguna, setakat semalam, kita telah menerima 45,000 maklum balas termasuk aduan dan pertanyaan sejak Mei lalu. Daripada jumlah itu, kita telah menyelesaikan lebih kurang 38,000 aduan iaitu 84 peratus,” ujarnya.

Bagaimanapun, ketika ini, aduan berhubung kenaikan bil elektrik mengalami trend penurunan.

“Dari sudut trend, minggu lepas, menurun ketara berbanding sebelum raya. Selepas raya memang semakin kurang dan kurang. Ia berikutan pada Mei kita membuat sistem pemasangan, dan waktu sekarang operasi seperti biasa dan kita harap ia berkekalan. Kita tidak mengatakan ia aduan kosong,”ujarnya.

Sementara itu, berdasarkan analisa dibuat TNB, sistem pemasangan smart meter di Melaka yang menjadi projek perintis memberi kesan kepada bil elektrik pengguna.

Bagaimanapun, kesulitan berkenaan hanya bersifat sementara demi kemudahan pengguna pada masa hadapan.

“Jadi sebenarnya meter-meter baharu ini mempunyai fungsi yang boleh memberi kebaikan kepada pengguna iaitu membantu pengguna memantau penggunaan elektrik. Pada masa sama, memang ada kesan kepada sebahagian pengguna iaitu peningkatan bil disebabkan penukaran meter-meter baharu ini di mana meter-meter lama, kejituan dan ketepatannya telah lari. Jadi apabila dipasang dengan meter baharu maka ada peningkatan dalam bil. Itu sebahagian analisa daripada maklum balas khususnya pengguna di Melaka,” tambahnya.

Malah katanya, isu mengenai caj berganda kerana terima bil elektrik selepas 30 hari juga berikutan langkah kadar rata yang dilakukan TNB.

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Terpulang pada ibu bapa jika mahu saman dalang pencemaran - Maszlee

Terpulang pada ibu bapa jika mahu saman dalang pencemaran – Maszlee

PLUS tunggu keputusan kerajaan ambil alih konsesi lebuh raya

PLUS tunggu keputusan kerajaan ambil alih konsesi lebuh raya