in

Alamak! Duit Dah Habis Beraya? Ini 5 Tips Nak Survive Sampai Hujung Bulan

Alamak! Duit Dah Habis Beraya? Ini 5 Tips Nak Survive Sampai Hujung Bulan
Kewangan & Pelaburan

Cepat sungguh masa berlalu, dah masuk hari keempat kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Macam mana raya korang setakat ini? Mesti ada dalam kalangan korang yang sudah berfikir soal perbelanjaan bila dah habis beraya nanti. Maklumlah, masa berbelanja hari tu korang terlebih bajet. Tengok-tengok dompet dah kosong. Terpaksa tunggu gaji bulan depan. Sedihnya!

Buat korang yang sedang berfikir tu, jangan risau! Kali ini kami kongsikan 5 tips nak survive sampai hujung bulan. Selamat mencuba!

1. Carpool ke tempat kerja

Alamak! Duit Dah Habis Beraya? Ini 5 Tips Nak Survive Sampai Hujung Bulan 1

Buat korang yang menaiki kenderaan ke tempat kerja, korang boleh carpool bersama rakan-rakan sekerja. Melalui carpool, korang boleh kurangkan kos minyak, bayaran parkir dan tol setiap hari kerana korang berkongsi. Korang juga boleh buat sistem giliran bagi mengelakkan salah faham antara korang dengan rakan. Melalui cara ini, korang secara tidak langsung dapat berjimat dan survive sampai hujung bulan.

2. Bawa bekal

Alamak! Duit Dah Habis Beraya? Ini 5 Tips Nak Survive Sampai Hujung Bulan 2

Korang yang nak survive sampai hujung bulan, boleh bawa bekal makanan ke tempat kerja. Tak perlu korang membazir membeli makanan di luar sana kerana harganya mungkin mahal jika dibandingkan kos untuk memasak. Lagipun kebersihan masakan lebih terjamin jika korang masak sendiri.

3. Guna pengangkutan awam

Alamak! Duit Dah Habis Beraya? Ini 5 Tips Nak Survive Sampai Hujung Bulan 3

Seperti yang korang tahu, jaringan pengangkutan awam di Malaysia sudah semakin maju dan mudah untuk ke mana-mana sahaja yang korang mahu. Korang tak perlu meredah jem setiap hari, lagi pun kos menggunakan pengangkutan awam jauh lebih menjimatkan berbanding memandu ke tempat kerja.

4. Usah makan dan kunjungi tempat mewah

Alamak! Duit Dah Habis Beraya? Ini 5 Tips Nak Survive Sampai Hujung Bulan 4

Sementara tunggu gaji korang untuk bulan seterusnya, korang perlu elakkan diri ke tempat-temat mewah misalnya, restoran, hotel mahupun pasar raya. Kalau korang tidak boleh mengawal diri, wang korang pasti akan melayang. Maklumlah, tempat-tempat yang mewah sebegini pasti harganya agak mahal walaupun kualiti yang diberikan amat baik.

5. Membezakan kemahuan dan kehendak

Alamak! Duit Dah Habis Beraya? Ini 5 Tips Nak Survive Sampai Hujung Bulan 5

Tips membezakan keperluan dan kehendak ini merupakan tips paling penting dan berguna buat korang yang nak survive sampai hujung bulan. Korang perlu tahu perbezaan keperluan dan kehendak. Keperluan merupakan sesuatu yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan dengan lebih sempurna. Sebagai contoh, makanan, tempat tinggal dan juga pakaian. Manakala kehendak pula, sesuatu yang ingin dimiliki seperti barang hiasan, alat solek dan lain-lain. Perbezaan ini mampu membuatkan korang bijak dalam berbelanja serta menjimatkan wang korang.

So, apa yang korang tunggu lagi! Selamat mencuba!

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Badan Pucat, Mata Lebam, Hidung Berdarah. Bayi 7 Bulan Meninggal Dunia Dalam Jagaan Pengasuh

Badan Pucat, Mata Lebam, Hidung Berdarah. Bayi 7 Bulan Meninggal Dunia Dalam Jagaan Pengasuh

Mulai 2019, Pasport Yang Hilang Akan Didenda RM300 – RM1,200

Mulai 2019, Pasport Yang Hilang Akan Didenda RM300 – RM1,200