in

Ambil alih 4 lebuh raya, pembayar cukai jimat RM5.3 bilion – Guan Eng

Ambil alih 4 lebuh raya, pembayar cukai jimat RM5.3 bilion - Guan Eng
KUALA LUMPUR: Pengambilalihan empat lebuh raya di Lembah Klang iaitu Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART (SMART) bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna, tetapi juga kepada rakyat secara umumnya. 

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata pengambilalihan keempat-empat lebuh raya itu akan secara langsung menjimatkan pembayar cukai sekurang-kurangnya RM5.3 bilion dalam bentuk bayaran pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi untuk membekukan kadar tol di lebuh raya berkenaan sehingga akhir hayat konsesi. 

Ujarnya, pampasan itu tidak perlu lagi dibayar selepas lebuh raya terbabit diambil alih oleh Kerajaan. 

“Ini bermaksud bahawa Kerajaan juga sama-sama menjimatkan sekurang-kurangnya RM5.3 bilion yang boleh digunakan untuk membantu rakyat seluruh Malaysia pada tahun-tahun yang akan datang. 

“Oleh sebab kadar tol akan dikurangkan mengikut model caj kesesakan ini, pengguna akan dapat menjimatkan sehingga RM180 juta setahun ataupun hampir RM2 bilion sepanjang baki tempoh konsesi masing-masing bagi keempat-empat lebuh raya ini. 

“Penjimatan besar untuk pengguna dapat dicapai kerana unsur keuntungan telah dikeluarkan daripada model pengambilalihan konsesi tol ini,” katanya pada waktu pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang meminta Kementerian Kewangan menyatakan rasional Kerajaan berhasrat untuk mengambil alih pengendalian empat lebuh raya milik Gamuda Berhad tersebut. 

Jelas Guan Eng lagi, model pengambilalihan tersebut tidak melibatkan sebarang perbelanjaan Kerajaan kerana kos pengambilalihan sebanyak RM6.2 bilion yang dibiayai menerusi penerbitan bon serta kos operasi dan penyelenggaraan akan ditanggung sepenuhnya oleh kutipan caj kesesakan.

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Warga emas mati ketika menonton filem Annabelle

Warga emas mati ketika menonton filem Annabelle

SPRM:  Tiada lagi pakai baju lokap oren, gari hanya jika perlu

SPRM: Tiada lagi pakai baju lokap oren, gari hanya jika perlu