in

“Anak rapat dengan saya walaupun ada pengasuh” – Zizie Izette

"Anak rapat dengan saya walaupun ada pengasuh" - Zizie Izette
PELAKON Datin Seri Zizie Izette akui rapat dengan anak-anaknya walaupun mempunyai pengasuh.

Menurut Zizie, dia tidak bersetuju dengan pandangan masyarakat yang mengatakan anak lebih rapat bersama pengasuh berbanding ibu sendiri.

Zizie meluahkan pandangannya menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagram pada Isnin.

“Alhamdulillah, anak-anak paling rapat dengan saya walaupun ada yang berpendapat bila mereka ada pengasuh, mereka akan lebih rapat dengan pengasuh.

“Dan ada juga yang berpendapat mereka akan ingat pengasuh lah ibu mereka. Silap sama sekali andaian mereka itu pada saya.

“Mungkin bukan kerja saya yang mencuci pakaian anak-anak, merapikan tempat tidur mereka dan tugas membersihkan rumah bukan juga tugas saya.

“Tetapi saya mengambil tahu tentang semua perkara dari A to Z berkenaan anak-anak.

“Saya sentiasa ada bersama anak-anak dan berikan sepenuh perhatian dan memupuk kasih sayang secukupnya pada mereka semua.

“Saya nak mendidik dan lihat setiap perkembangan mereka di depan mata saya. Tugas saya adalah lebih besar kerana mereka adalah amanah Allah buat saya sebagai seorang ibu.

“Bukan seperti ada yang fikir, hanya beranak tapi lain-lain maid yang buat. Aduhai, jauh sama sekali pandangan orang tu,” coretnya.

Terdahulu, Zizie berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 59, berkahwin pada 2009.

Selain dikurniakan anak kembar Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, pasangan ini juga mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.

Manakala anak perempuannya, Aalisa Belle Izette dilahirkan pada awal Mac tahun ini.

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sangat cantik, penyanyi lagu Syantik selamat bernikah

Sangat cantik, penyanyi lagu Syantik selamat bernikah

Rekod 24 tahun pecah, Mariah Carey ucap tahniah kepada Lil Nas X

Rekod 24 tahun pecah, Mariah Carey ucap tahniah kepada Lil Nas X