in

Anak Sarawak bangunkan aplikasi khusus beli barangan basah

Anak Sarawak bangunkan aplikasi khusus beli barangan basah
KUCHING: Pergi ke pasar basah untuk membeli barangan keperluan dapur secara amnya merupakan rutin wajib bagi isi rumah, khususnya  golongan wanita.

Namun kini, ramai dalam kalangan pembeli setia di pasar basah hampir tidak punya masa dan kesempatan dek kesibukan bekerja.

Untuk tujuan itu, terdapat banyak pihak yang mengambil kesempatan membangunkan aplikasi bagi mempermudahkan orang ramai membeli barangan keperluan harian mengikut keanjalan waktu tersendiri.

Tidak ketinggalan adalah aplikasi Timogah yang dibangunkan anak Sarawak, yang membantu pengguna sekali gus membuka peluang kepada pengusaha dan usahawan tempatan menambah sumber pendapatan.

Menurut pengasas bersama aplikasi berkenaan, Helricson Joiem, aplikasi Timogah tidak terhad kepada sayur-sayuran sahaja malah turut pasarkan produk lain antaranya ikan, daging, ayam dan barangan keluaran tempatan.

“Bukan sekadar proses jual beli barang, aplikasi ini dalam masa sama menjalankan program untuk petani-petani meningkatkan pemasaran mereka,” jelasnya.

Bercakap mengenai cara pembayaran menggunakan aplikasi tersebut, ia mengaplikasikan sistem pembayaran tanpa wang atau cashless, iaitu pengguna hanya perlu membuat bayaran secara atas talian.

Harga yang ditawarkan juga tidak melebihi harga yang ditetapkan oleh pengeluar.

“Kami punya modus operandi setiap barangan yang diambil daripada petani, kami mengenakan harga pasaran sama cuma kami mengenakan caj penghantaran kepada setiap pembeli melalui dalam talian. Buat masa ini, kami cuma mengenakan bayaran RM5.90 sahaja untuk setiap penghantaran,” ujarnya.

Setakat ini, Timogah diguna secara meluas oleh penduduk di Kuching dan ia bakal diperluas ke beberapa bandar utama lain di seluruh negara.

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Yatt Hamzah syukur suami, rakan artis dan sukarelawan bukan ditahan tentera Israel

Yatt Hamzah syukur suami, rakan artis dan sukarelawan bukan ditahan tentera Israel

Kemelut selesai, Vida bagi Aishah pilih sendiri barang kemas idaman

Kemelut selesai, Vida bagi Aishah pilih sendiri barang kemas idaman