in

APMM rampas 500kg balat, tahan lima nelayan Vietnam

APMM rampas 500kg balat, tahan lima nelayan Vietnam
KUDAT: Kira-kira 500 kilogram ‘balat’ atau timun laut berjaya dirampas daripada sekumpulan nelayan Vietnam yang didapati meraih hasil laut itu secara haram di perairan negeri ini.

Dalam kejadian jam 10 pagi Ahad di 18 Batu Nautika Timur Laut Pulau Sibongor Laut, Kudat itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kudat berjaya menahan sebuah bot nelayan yang dinaiki lima warganegara Vietnam.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Kudat, Leftenan Maritim Musa Dail berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesemua suspek berusia 29 hingga 39 tahun itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan disyaki menangkap balat secara haram di lokasi itu.

“Ini merupakan kes ke sembilan melibatkan tangkapan balat di perairan Kudat pada tahun ini.

“Bot-bot ini menggunakan peralatan yang diharamkan, nilai rampasan bot dan balat mencecah RM600,000 dengan kuantiti balat yang dirampas dianggarkan seberat 500 kilogram,” katanya.

Mengulas lanjut, Musa dalam kenyataan medianya hari ini berkata, kesemua bahan rampasan dan suspek sudah dibawa ke Jeti Pelabuhan Sabah Kudat untuk disiasat secara lanjut.

Kes berkenaan akan disiasat mengikut Akta  Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Sementara itu, beliau mendedahkan balat yang merupakan sejenis hidupan laut dianggap sebagai makanan berkhasiat yang sering diburu secara haram oleh nelayan asing di perairan negeri Sabah.

Jelasnya lagi, ini berdasarkan kepada permintaan dalam dan luar negara yang tinggi merupakan salah satu faktor yang menarik nelayan-nelayan asing untuk mengaut hasil negara secara haram.

“Orang awam dinasihatkan untuk menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Kudat di talian 088-611858 jika mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian seumpama ini,”  katanya.

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

'Saya pelik kerana transaksi dibuat waktu subuh...' - A. Aida

‘Saya pelik kerana transaksi dibuat waktu subuh…’ – A. Aida

Tiada lagi trio lama, Charlie

Tiada lagi trio lama, Charlie’s Angels kembali dengan versi reboot