in

Bas rosak dirempuh lori di Bukit Beruntung, dua cedera

Bas rosak dirempuh lori di Bukit Beruntung, dua cedera
BUKIT BERUNTUNG: Dua cedera apabila sebuah bas yang mengalami kerosakan di satu lorong kecemasan dirempuh sebuah treler.

Kemalangan berlaku kira kira jam 3.30 pagi  tadi di Kilometer 432.6, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), dari arah Bukit Beruntung menuju ke Rawang.

Dipercayai bas ekspres yang membawa 10 penumpang dari Pulau Pinang ke Johor sebelum itu mengalami kerosakan dan terpaksa berhenti di lorong kecemasan.

Bagaimanapun sebuah lori treler mengangkut kenderaan yang dalam perjalanan dari Kedah ke Shah Alam dipercayai terbabas sebelum melanggar belakang bas ekspres berkenaan.

Anggota polis serta bomba dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan kemalangan.

Susulan itu, pemandu lori terbabit cedera di bahagian kepala manakala seorang penumpang bas turut mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan lanjut.

Penumpang lainnya tidak mengalami kecederaan dan dibawa ke perhentian bas TBS menggunakan bas lain.

Pemandu bas turut diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Akibat kemalangan itu aliran lalulintas mengalami kesesakan lebih dua jam namun terkawal.

Kerja kerja pengalihan dan pembersihan kini giat dijalankan.

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lelaki Ini Kongsi Tips Kurus Guna Teknik ‘Calorie Deficit’, Turun 42kg Dalam Masa 5 Bulan!

Lelaki Ini Kongsi Tips Kurus Guna Teknik ‘Calorie Deficit’, Turun 42kg Dalam Masa 5 Bulan!

Selepas beli kediaman penggambaran The Conjuring, pasangan ini akui rumah itu berhantu!

Selepas beli kediaman penggambaran The Conjuring, pasangan ini akui rumah itu berhantu!