in

Berpelukan beramai-ramai dalam lubang rahsia, elak dicekup polis

Berpelukan beramai-ramai dalam lubang rahsia, elak dicekup polis
PUCHONG: Gara-gara ingin mengelak dari dicekup pihak berkuasa, 20 wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing sanggup bersembunyi sambil berpelukan dalam bilik sebesar tandas.

Bagaimanapun, cubaan mereka gagal apabila polis berjaya mengesan lubang rahsia yang terletak di belakang sofa tingkat satu sebuah pusat hiburan di Jalan Layang-Layang, Bandar Puchong Jaya.

Operasi yang diketuai Pegawai Turus D7  Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, DSP Azmi Syukor bersama 15 anggota itu menyerbu masuk pada kira-kira jam 11 malam.

Ketika serbuan, pintu enggan dibuka menyebabkan polis terpaksa memecah masuk dr bahagian belakang.

Beberapa GRO yang sedang melayan pelanggan, bertempiaran lari ke bilik rahsia di tingkat berkenaan.

Hasil pemeriksaan polis mendapati, kesemua mereka didapati melanggari peraturan di bawah Akta Imigresen dan beroperasi dijalankan tanpa lesen yang sah.

Turut ditahan ialah tiga pekerja warganegara Bangladesh dan tiga penjaga warga tempatan.

Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, polis meminta orang ramai menyalurkan maklumat jika terdapat aktiviti tidak sihat di kawasan masing-masing.

Polis percaya operasi yang berterusan mampu mengekang gejala sosial dan jenayah.

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Video tular kanak-kanak berani

Video tular kanak-kanak berani ‘smack down’ angsa garang

PDRM diarah buat sekatan jalan, halang aktiviti bawa keluar sisa toksik secara runcit

PDRM diarah buat sekatan jalan, halang aktiviti bawa keluar sisa toksik secara runcit