in

Bintang Disney Cameron Boyce meninggal dunia pada usia 20 tahun

Bintang Disney Cameron Boyce meninggal dunia pada usia 20 tahun
PELAKON Cameron Boyce yang terkenal dengan wataknya dalam filem terbitan Disney ‘Descendants’ disahkan meninggal dunia pada usia 20 tahun.

Kematian bintang Disney itu disahkan oleh keluarganya kepada agensi berita ABC News.

Menurut keluarganya, punca kematian adalah disebabkan oleh masalah kesihatan.

“Dengan penuh dukacita, kami laporkan bahawa Cameron telah meninggal dunia pada pagi ini,” umum seorang jurucakap yang mewakili keluarga Boyce.

“Dia meninggal dunia dalam tidurnya akibat serangan sawan yang disebabkan oleh masalah kesihatan, yang mana dia telah menerima rawatan perubatan untuk menanganinya.”

Sejak kebelakangan ini, pelakon muda itu banyak meluangkan masa untuk kerja-kerja amal, termasuk menyertai Biden Courage Awards pada Mac lalu anjuran bekas Naib Presiden Joe Biden.

Cameron turut dihormati dengan Pioneering Spirit Award di Thirst Gala pada tahun lepas atas usahanya mengumpul dana sebanyak AS$30,000 (RM124,077) untuk membina telaga yang menyalurkan air bersih di Swaziland.

Bintang itu yang berasal dari Los Angeles, membuat debutnya sebagai pelakon dalam filem ngeri ‘Mirrors’ hanya pada usia 9 tahun.

Kemudian, dia menyertai barisan pelakon hebat dalam filem komedi ‘Grown Ups’ sebagai anak kepada watak yang dilakonkan oleh Adam Sandler.

Namun, Cameron menunjukkan bakatnya dalam siri televisyen Disney ‘Jessie’ sebagai watak bernama Luke Ross yang berlangsung selama 4 musim.

Susulan itu, dia semakin popular dengan lakonannya dalam filem francais ‘Descendants’ pada tahun 2015 dan 2017.

Berikutan berita kematian Cameron, media sosial dibanjiri dengan ucapan takziah buat bintang tersebut, kebanyakannya daripada peminat filem Disney.

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Masih terkial-kial kopek buah durian? Ini langkah paling mudah

Masih terkial-kial kopek buah durian? Ini langkah paling mudah

Zakir Naik tiada dalam senarai orang dikehendaki, pengganas - KDN

Zakir Naik tiada dalam senarai orang dikehendaki, pengganas – KDN