in

Budak dua tahun mati dalam kereta yang tertutup rapat

Budak dua tahun mati dalam kereta yang tertutup rapat
LANGKAWI: Beranggapan cucunya sudah keluar dari kereta, seorang budak yang berusia dua tahun 10 bulan meninggal dunia selepas lebih dua jam terperangkap dalam kenderaan datuknya.

Dalam kejadian yang berlaku pada 22 Julai lalu, mangsa sebelum itu dilaporkan menemani datuknya yang berusia 73 tahun menjemput kakak dan abangnya pulang dari sekolah menaiki kereta jenis Perodua Bezza.

Kenderaan berkenaan diletak di luar pagar hadapan rumah mereka di Taman Sungai Raya, Jalan Air Hangat, Kuah, Langkawi.

Mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang bahagian belakang bersama kakak dan abangnya dipercayai telah tertidur semasa dalam perjalanan.

Setiba di rumah, datuknya terus masuk ke dalam rumah dan beranggapan mangsa telah keluar dari kereta tersebut.

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob, dua jam kemudian, ibu mangsa yang bangun dari tidur menyedari bahawa mangsa tiada bersama kakak serta abangnya di dalam rumah dan terus mencari mangsa.

“Ibu mangsa dan datuknya pergi ke kereta dan mendapati mangsa dalam keadaan tertiarap di bahagian tempat duduk belakang dan sudah tidak sedarkan diri.

“Ketika kejadian, kesemua tingkap dan pintu kereta bertutup rapat, mangsa yang tidak menunjukkan sebarang tindak balas seterusnya dibawa ke Hospital Langkawi untuk rawatan lanjut dan kemudiannya disahkan telah meninggal dunia,” kata Zainuddin seperti dilaporkan portal berita Sinar Harian.

Sehingga kini, Zainuddin berkata, laporan penuh bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat mangsa belum diperoleh.

Bagaimanapun, laporan awal yang diterima menunjukkan punca kematian mangsa berkemungkinan disebabkan oleh strok haba.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali,” kata beliau lagi.

Katanya, kes berkenaan masih dalam siasatan pihak polis dan ibu bapa dinasihatkan lebih peka dan sentiasa mengawasi anak masing-masing bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

“Jika siasatan dijalankan mendapati wujud kecuaian, tindakan pendakwaan terhadap ibu bapa atau penjaga berkenaan akan diambil,” ujar beliau lagi.

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Saya dan Tuanku umpama satu roh, dua jasad - Rizalman Ibrahim

Saya dan Tuanku umpama satu roh, dua jasad – Rizalman Ibrahim

Zahid AF bercerai

Zahid AF bercerai