in

“Bukan tak sayang, saya pun pernah tertinggal anak di kedai” – Aishah

"Bukan tak sayang, saya pun pernah tertinggal anak di kedai" - Aishah
PENYANYI terkenal, Aishah, meluahkan pandangannya mengenai sikap sesetengah netizen yang cepat membuat andaian berdasarkan satu peristiwa tanpa mengetahui hujung pangkal cerita.

Ini berikutan viral beberapa kisah mengenai duit raya, harta dan haiwan peliharaan yang teraniaya oleh anak-anak tetamu dan kes tertinggal anak dan ibu di hentian rehat.

“Raya tahun ini macam-macam cerita yang viral. Dari cerita helang terbang lebih tinggi dari pipit (bukan enggang dengan pipit yang perumpamaan tu) ke duit raya, harta dan haiwan peliharaan teraniaya akibat anak-anak tetamu yang menziarah di Hari Raya hinggalah kes anak atau ibu tertinggal di RNR.

“Apa yang membuatkan saya sedikit ralat dalam hati bila membaca komen-komen dari netizen yang cepat sungguh membuat kesimpulan dan hukuman.

“Orang putih ada kata kita harus selalu memberi ‘the benefit of the doubt’ atau orang Melayu kata bersangka baik.

“Saya beritahu awak, perkara-perkara sebegini memang boleh terjadi dan bukannya kerana kurang kasih sayang antara keluarga itu,” tulisnya di Instagram.

Juara Gegar Vaganza musim keempat ini dan pemilik nama Wan Aishah Wan Ariffin akui, dia sendiri secara tidak sengaja pernah tertinggal anaknya di sebuah kedai tidak lama dahulu kerana salah faham.

“Saya sendiri dulu masa anak-anak kecil pernah tertinggal Armand di 7-Eleven Ampang (nasib baik tak jauh) kerana tersalah faham, saya yang memandu mati-mati ingat dia dah masuk di belakang, rupanya dia letak barang dan keluar semula.

“Hanya bila saya dah selekoh nak masuk simpang rumah baru si adik tanya ‘maa, abang???’ baru saya sedar Armand dah tertinggal. Benda-benda ini memang boleh jadi,” jelasnya.

BACA: ‘Ingat naik kereta satu lagi’ – Keluarga tertinggal anak di kedai makan


BACA: ‘Kami tahu kasih abang pada mak’ – Anak warga emas nafi ibunya sengaja ditinggal di R&R

Tambahnya, penyanyi Dayangku Intan juga pernah tertinggal di hentian rehat oleh suami sendiri.

“So, you nak kata suami dia saja-saja nak tinggalkan dia ke??? Atau saya sendiri tak sayang anak dan tinggalkan dia.

“Bila kita kepenatan, kita boleh membuat kesilapan. Jadi jangan cepat menilai. Jangan keruhkan keindahan bulan Syawal yang mulia ini,” akhirinya.

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

[GAMBAR] Fanatik BTS, Lelaki Ini Rela Ubah Wajah Persis K-Pop! Sama Ke Tak?

[GAMBAR] Fanatik BTS, Lelaki Ini Rela Ubah Wajah Persis K-Pop! Sama Ke Tak?

Imej pertama Apple Card bocor?

Imej pertama Apple Card bocor?