in

‘Buku sekarang mahal’ – A. Samad Said

'Buku sekarang mahal' - A. Samad Said
KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Datuk Seri A. Samad Said berkata elaun penghargaan sebanyak RM5,000 yang diberikan kerajaan dapat membantu meringankan beban penggiat seni.

Katanya, bantuan itu boleh digunakan para sasterawan untuk membeli bahan bacaan dan terus menyuburkan sumbangan mereka kepada negara.

“Tentunya itu berguna bagi saya. Setidak-tidaknya sebahagiannya (duit) saya boleh guna untuk membeli buku. Buku mahal sekarang dan sebahagian lagi untuk gerakan saya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Terbuka Meraikan Penggiat Seni dan Sastera di sini, pada Selasa.

Terdahulu sebelum ini, kerajaan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM5,000 sebulan kepada Kementerian Pendidikan bagi pembiayaan elaun penghargaan secara bulanan kepada 7 Sasterawan Negara.

BACA: Sasterawan Negara terima elaun bulanan RM5,000

Mereka ialah Datuk Seri Dr A. Samad Said; Profesor Emeritus Dr Muhammad Haji Salleh; Datuk Noordin Hassan; Datuk Dr Mohd Anuar Rethwan; Datuk Dr Ahmad Khamal Abdullah; Datuk Dr Baharuddin Zainal; dan Datuk Dr Zurinah Hassan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata bayaran bulanan RM5,000 akan dibayar mulai Jun 2019 dan akan diteruskan pada tahun seterusnya.

Ditanya mengenai tanggapan segelintir pihak yang menyifatkan pembayaran elaun tersebut sebagai satu pembaziran, beliau berkata, ia terpulang kepada individu tersebut untuk menilai amaun itu.

“Bagi mereka yang mempunyai wang, jumlah itu adalah kecil, (dan yang kurang berkemampuan), duit seperti besar. Apa paling penting adalah ingatan bahawasanya keselesaan yang diberikan demi orang yang mencipta seni,” ujarnya.

Justeru itu, beliau melahirkan ucapan terima kasih terhadap inisiaitif tersebut dan berharap usaha demikian boleh diteruskan pada masa hadapan dalam usaha membela nasib penggiat seni.

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Mahkamah tolak permohonan Najib tangguh perbicaraan

Mahkamah tolak permohonan Najib tangguh perbicaraan

Tulus kembali ke Malaysia untuk Konsert Jelajah Sewindu

Tulus kembali ke Malaysia untuk Konsert Jelajah Sewindu