in

Dekorasi Bilik Tidur Dengan Bajet RM600, Dalam Masa 2 Hari Je Siap!

Dekorasi Bilik Tidur Dengan Bajet RM600, Dalam Masa 2 Hari Je Siap!


Make-It-Senang

Susun atur perabot dan dekorasi dalam bilik memainkan peranan penting untuk memberi impak terhadap keluasan bilik. Bukan setakat dapat meluaskan bilik, ia turut dapat memberi ketenangan dan keselesaan kepada penghuninya.

Menerusi Facebook Nur Diyana yang merupakan seorang pelajar berkongsi tips dan bajet dekorasi biliknya. Ubah suai yang dilakukan hanya memakan masa selama 48 jam. Transformasi biliknya sungguh menarik dan boleh dijadikan rujukan.

10 tahun warna yang sama

Dekorasi Bilik Tidur Dengan Bajet RM600, Dalam Masa 2 Hari Je Siap! 1

Inilah bilik asal saya di rumah ibu. Dah 10 tahun warna bilik ni merah menyala dan pink pekat huhu. Bilik ni besar dan kami kongsi tidur bila adik beradik balik sebab tu letak dua katil queen. Memang hanya bilik tidur semata. Walaupun tak ada rupa, katil sentiasa kemas ya huhu. Katil yang lagi satu tu saya tolak percuma je pada kedai perabot terpakai dan tilam tu pun semua angkut. 3 bulan lepas saya memang kosongkan bilik sy terus.

Siap ada ruang menonton

Dekorasi Bilik Tidur Dengan Bajet RM600, Dalam Masa 2 Hari Je Siap! 2

Tadaaa… Ini lah keadaan bilik selepas. Siap ada ruang menonton sendiri. Saya tambah corak wainscoting guna masking tape saja sebab tak mampu nak upah orang buat hihi, mahal kan tapi teringin jugak nak ikut trend. Kod cat Silver Grey dan Owen jenama Acristar. Satu tong ada 7 litre. Dua tong saje saya guna untuk cat bilik ni.

Guna pakai perabot lama

Dekorasi Bilik Tidur Dengan Bajet RM600, Dalam Masa 2 Hari Je Siap! 3

Close up. Itu pokok bunga segar ya, namanya Money Plants, memang saya pergi ke nursery untuk indoor plant. Besar tu baru RM30. Pasu saya guna tong sampah dari kedai Eco saje. Lepas buat beberapa bacaan, saya rasa pokok asli pilihan yang lebih bijak dan jauh lebih murah. Cuma kalau ada anak kecil dan haiwan peliharaan kena consider dulu, buat bacaan, jangan sembarang beli sebab ada yang tak sesuai ya. Kerusi tu kerusi babah saya, tak termasuk dalam bajet ya.

Meja ni asalnya warna coklat, dan meja kopi. Tapi sayang nak buang elok lagi kan. Jadi saya tukar warna putih, maaf ada tak kemas sikit hihi.

Katil berusia 20 tahun

Dekorasi Bilik Tidur Dengan Bajet RM600, Dalam Masa 2 Hari Je Siap! 4

Katil ini usianya dah 20 tahun. Saya tak nak buang, sayang sebab kayunya masih kukuh, saya tukar warna saje.

Dekorasi Bilik Tidur Dengan Bajet RM600, Dalam Masa 2 Hari Je Siap! 5

Sekarang sudah warna putih! Cadar marble saya beli di igshop, saya sengaja terbalikkan. Bagi warna kelabu, yang sebenarnya coraknya penuh marble hehehe. Boleh search di ig #sayajualcadar. Saya tak nak la bagi ig yang saya beli sebabnya seller upload harga lain-lain, terpulang pada anda nak beli kat yang mana. Buatlah pilihan sendiri, cari je pada hashtag tu mesti akan terus ada sebab ni design hot.

Ruang solat menarik

Dekorasi Bilik Tidur Dengan Bajet RM600, Dalam Masa 2 Hari Je Siap! 6

Almari ni saya jual pada pusat perabot terpakai. Meja tu yang saya cat putih semula. Langsir pun sedih tengok ha asal boleh. Hahaha.

Dekorasi Bilik Tidur Dengan Bajet RM600, Dalam Masa 2 Hari Je Siap! 7

Inilah rupanya kawasan tadi, tanpa almari, nampak lebih luas kan? Saya sengaja pasangkan tirai dari Ikea tu untuk lebih privasi gitu. So nak bersiap ke nak solat takde la orang terus nampak kita sebab bila bukak pintu bilik, dari tangga terus nampak kawasan ni.

Tak pakai almari

Dekorasi Bilik Tidur Dengan Bajet RM600, Dalam Masa 2 Hari Je Siap! 8

Saya dah tak guna almari, saya guna rak ini saja, hanger besi dari Eco Shop saje. Kami adik beradik dah belajar jauh-jauh jadi balik rumah ibu bila cuti saja. Baju tak banyak, praktikal la open concept macam ni. Kalau nak buat kat bilik sendiri, sesuai untuk ada almari terus.

Dekorasi Bilik Tidur Dengan Bajet RM600, Dalam Masa 2 Hari Je Siap! 9

Dari sudut lain. Tirai tu macam pembahagi ruang la gitu.

Guna kreativiti seadanya

Dekorasi Bilik Tidur Dengan Bajet RM600, Dalam Masa 2 Hari Je Siap! 10

Ini je rasanya investment yang mahal kot pada saya sebagai seorang student hehehe. Kedua-duanya dari HomePro. Meja ni saya beli masa tengah promo, harganya cuma RM139.90 saja. Cermin tu saya guna cermin untuk tandas, sebab nak jimat space tak nak cermin besar (mahal). Since cermin ni boleh adjust in certain degree, jadi nampak dari kepala ke kaki hehehe!

Pokok hidup (Money Plant) dalam pasu eco shop warna senada.Dummy book tu saya beli banyak cuma RM0.50 sen satu masa clearance sale di Index Living.

Dekorasi Bilik Tidur Dengan Bajet RM600, Dalam Masa 2 Hari Je Siap! 11

Apa je yang tak ada kat Eco Shop ni? Tema Tropical Scandi pun ada, saya rasa sesuai, saya ambil lah!

Dekorasi Bilik Tidur Dengan Bajet RM600, Dalam Masa 2 Hari Je Siap! 12

Kisahnya saya beli kain langsir, dah nak jahit kain tak cukup. Tapi takpe bedal saje lah! Dari nagoya cuma RM7 semeter.

DIY wainscoting

Dekorasi Bilik Tidur Dengan Bajet RM600, Dalam Masa 2 Hari Je Siap! 13

Saya malas nak beli cat putih jadi saya spray je untuk buat wainscoting. Bila spray dah kering, saya tampal masking tape ikut cara yang pernah viral dulu, kredit tu Shafeq Bada atas perkongsian beliau.

Dekorasi Bilik Tidur Dengan Bajet RM600, Dalam Masa 2 Hari Je Siap! 14

Nampak la mewah sikit kan lepas dah dikemaskan? Walaupun guna bajet masking tape saje tapi masa nak kemaskan garisan tu semula lepas siap cat dan cabut masking tape lenguh juga la tangan hehehe.

Jumlah keseluruhan bajet

Dekorasi Bilik Tidur Dengan Bajet RM600, Dalam Masa 2 Hari Je Siap! 15

Inilah bajet penuhnya. Pricey juga pada saya sebab saya tukar cat, beli cadar dan langsir baru. Kalau encik/cik nak guna apa yang dah ada, mesti jauh lebih murah. Selamat mencuba!

Sumber: Nur Diyana

The following two tabs change content below.

Dekorasi Bilik Tidur Dengan Bajet RM600, Dalam Masa 2 Hari Je Siap! 16

Azizi Rahman

Jangan salah laku, nanti tumpang malu.
Dekorasi Bilik Tidur Dengan Bajet RM600, Dalam Masa 2 Hari Je Siap! 16

Latest posts by Azizi Rahman (see all)

  • Gara-Gara Jatuh Terlentang Ketika Mendukung, Muka Anak Tersembam Bucu Tangga! – 21/05/2019
  • [VIDEO] Tinggal Kucing Dalam Kereta Masa Shopping Raya, Netizen Kecam Pemilik Selfish! – 21/05/2019
  • Lafaz Cerai Guna WhatsApp Sah Atau Tidak? Ini Penjelasan Peguam Syarie – 17/05/2019



Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lebih 30k Perkongsian Di Fb, Lelaki Ini Kongsi Petua ‘Ajaib’ Lembutkan Hati Pasangan

Lebih 30k Perkongsian Di Fb, Lelaki Ini Kongsi Petua ‘Ajaib’ Lembutkan Hati Pasangan

International  University of Malaya-Wales Tawarkan Kursus Baru? No 3 Tu Rupanya Punca Utama!

International  University of Malaya-Wales Tawarkan Kursus Baru? No 3 Tu Rupanya Punca Utama!