in

‘Foto bogel’ tersebar: PU Rizz buat laporan polis

'Foto bogel' tersebar: PU Rizz buat laporan polis
TIADA angin, tiada ribut pagi-pagi ini pengguna media sosial dikejutkan pula dengan penularan gambar lucah yang membabitkan pendakwah muda popular, Pencetus Ummah (PU) Rizz.

Gambar lucah mirip PU Rizz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Ismail itu menjadi perdebatan dalam kalangan netizen.

Foto itu menunjukkan lelaki yang dikatakan mirip wajah PU Rizz memakai baju berwarna kelabu dan menunjukkan alat sulitnya dirakamkan dalam bilik mandi.

Dalam reaksi segeranya, PU Rizz dengan tegas menafikan, foto bogel itu adalah dirinya seperti yang didakwa netizen.

Menurut PU Rizz, dia tidak tahu apa niat segelintir pihak cuba mengaibkan dirinya dengan menyunting foto berkenaan sehingga memperlihatkan seperti dirinya.

“Benda (foto lucah) tu hanya edit. Gambar edit dan mengarut,” kata PU Rizz dalam kiriman mesej WhatsApp kepada Astro AWANI sebentar tadi.

Kesal dengan dakwaan dan tuduhan tidak berasas itu, PU Rizz berkata, dia sudah mengambil tindakan sewajarnya termasuk mengadakan laporan polis.

“Sedang buat (laporan polis). Takpe (tidak mengapa) Allah tahu yang benar,” katanya lagi.

PU Rizz juga berkata, pada ketika ini, dia hanya mampu berdoa memohon pada Allah agar memelihara dirinya.

“Saya pun tak pasti tapi ini tak baik dan aib pada diri saya, moga Allah pelihara,” katanya yang tidak pernah terfikir akan ada pihak tergamak melakukan perkara terkutuk ini padanya.

BACA : Isu video lucah: Ini penjelasan Aiman Tino


BACA : Syafiq Kyle minta ruang, mahu selesai kontroversi dengan cermat

Penyebaran foto atau video lucah mirip selebriti atau tokoh kenamaan semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Antara orang terkenal yang pernah diheret dalam kontroversi ini ialah Syafiq Kyle, Aiman Tino, pemain bola sepak Zaquan Adha serta beberapa personaliti lain.

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

PLUS tunggu keputusan kerajaan ambil alih konsesi lebuh raya

PLUS tunggu keputusan kerajaan ambil alih konsesi lebuh raya

Krisdayanti suntik DNA ikan salmon untuk awet muda

Krisdayanti suntik DNA ikan salmon untuk awet muda