in

[GAMBAR] Bila Bintang Top Dunia Dedah Jenama Minyak Wangi Favorite, Bukan Reviu Berbayar!

[GAMBAR] Bila Bintang Top Dunia Dedah Jenama Minyak Wangi Favorite, Bukan Reviu Berbayar!

Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan, termasuklah apabila berkongsi cerita mengenai haruman pilihan. Malah tidak dinafikan, lambakan jenama pewangi turut memberi ruang buat wanita di dalam memilih yang terbaik dengan cita rasa masing-masing.

Malah, para selebriti terkenal dunia juga tidak lokek untuk berkongsi haruman kegemaran masing-masing.

Pastinya ia bukanlah reviu berbayar memandangkan haruman pilihan masing-masing memang diakui mempunyai nota bauan wangi yang menyenangkan!

Megan Markle

The Duchess of Sussex seperti yang dilapor ada mengenakan haruman Jo Malone London’s Wild Bluebell sebagai pewangi hariannya. Hal tersebut dikatakan pernah dinyatakan menerusi laman blog, The TIG. Sementara untuk majlis keraian pula, figura itu lebih selesa memakai pewangi Bvlgari BLV II

Naomi Watts

[GAMBAR] Bila Bintang Top Dunia Dedah Jenama Minyak Wangi Favorite, Bukan Reviu Berbayar! 1

Apabila ditanya Bazaar mengenai minyak wangi pilihan, aktres ini memberitahu dia menggemari nota bauan dari Kiehl’s Musk Eau de Toilette Spray and Kai by Gaye Straza Perfume Oil.

Hailey Baldwin
[GAMBAR] Bila Bintang Top Dunia Dedah Jenama Minyak Wangi Favorite, Bukan Reviu Berbayar! 2

Super model yang juga isteri kepada Justin Bieber ini pula mengakui dia sukakan haruman dari Bond No. 9, ketika diwawancara oleh Elle Australia.

Blake Lively

[GAMBAR] Bila Bintang Top Dunia Dedah Jenama Minyak Wangi Favorite, Bukan Reviu Berbayar! 3

Memetik Vogue Australia, bintang ini difahamkan lebih menyukai nota haruman yang berteraskan buah-buahan. Misalnya Gucci’s Eau Premiére adalah pilihan. Malah, Lively turut menggunakan Victoria’s Secret fruity sebagai mist di tangan.

Kylie Jenner

[GAMBAR] Bila Bintang Top Dunia Dedah Jenama Minyak Wangi Favorite, Bukan Reviu Berbayar! 4

Percaya atau tidak yang bintang viral ini menggunakan haruman dari jenama Victoria’s Secret sebagai pilihan iaitu dari koleksi Victoria’s Secret Coconut passion spray? Bagaimanapun kami percaya, Kylie punyai ribuan koleksi minyak wangi yang pelbagai. Namanya pun Kylie Jenner kan?

Sumber: Harpes Bazaar UK

Apa Kata Anda

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pengasuh Ke Bilik Air Sekejap, Budak 2 Tahun Maut Tercekik Roti

Pengasuh Ke Bilik Air Sekejap, Budak 2 Tahun Maut Tercekik Roti

Suami isteri durjana samun barang kemas dan jual atas talian

Suami isteri durjana samun barang kemas dan jual atas talian