in

Harimau ‘jinak’ berkeliaran di kampung berjaya ditangkap

Harimau
DUNGUN: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu telah berjaya menangkap seekor harimau belang sesat yang berkeliaran di Kampung Besol, di sini.

Pengarahnya Dr Abdul Malek Mohd Yusof berkata, haiwan berkenaan ditangkap kira-kira jam 3.45 petang ini.

Menurutnya, harimau itu dikesan sekitar jarak 300 meter dari kawasan hutan kampung tersebut.

Jelasnya, operasi yang bermula jam 6.30 pagi hari ini membabitkan 22 kekuatan.

Pada masa sama, operasi mengesan dan menjejak seekor lagi harimau belang masih giat dijalankan.

BACA: Harimau sesat mungkin belaan – Perhilitan

Dalam kejadian pagi Khamis, penduduk Kampung Besol, Bandar Bukit Besi gempar apabila dua ekor harimau yang kelihatan jinak berlegar di kawasan kediaman mereka.

Penduduk mendakwa, ia adalah kejadian pertama seumpamanya sepanjang 60 tahun kampung ini dibuka.

Sementara itu, Bernama melaporkan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Besul Lama, Nasharudin Mohd Salleh berkata, penduduk kampung kini boleh menarik nafas lega dan tidur lena dengan tertangkapnya haiwan liar berkenaan.

Beliau, yang mewakili penduduk kampung, mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pasukan polis dan Perhilitan yang bertugas 24 jam sehari menjaga keselamatan penduduk dan menjalankan operasi menangkap haiwan itu.

“Mengikut maklumat Perhilitan operasi akan dijalankan selama tiga hari lagi untuk mengesan seekor lagi harimau yang didakwa turut berkeliaran di sini.

“Bagaimanapun perkara itu (dua ekor harimau) hanya berdasarkan dakwaan penduduk kerana operasi yang dijalankan hanya menemui tapak kaki seekor harimau sahaja,” katanya.

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Putus dengan Redza Rosli? Ini penjelasan Ayda Jebat!

Putus dengan Redza Rosli? Ini penjelasan Ayda Jebat!

Area 51: 1.7 juta sedia

Area 51: 1.7 juta sedia ‘serang’ pangkalan makhluk asing