in

Harry Styles bakal pegang watak Prince Eric dalam The Little Mermaid?

Harry Styles bakal pegang watak Prince Eric dalam The Little Mermaid?
SELEPAS Halle Bailey diumumkan bakal memengang watak Ariel menerusi Disney Live Action, peminat-peminat pasti teruja apabila bekas anggota One Direction, Harry Styles juga dijangka akan membuat kemunculan dalam filem tersebut memainkan watak Prince Eric.

Menurut laporan media antarabangsa, Styles bukan sahaja akan berlakon bersama Halle malah dia turut akan bersama dengan Jacob Tremblay sebagai Flounder, dan Melissa McCarthy sebagai Ursula.

Selain Styles, pelakon yang popular dengan watak Kapten Salazar dari filem Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales, Javier Bardem juga dikatakan bakal memengang watak ayah kepada Ariel iaitu King Triton.

Filem The Litte Mermaid ini dijangka bakal memberi kelainan dan penuh dengan muzikal kerana barisan pelakonnya adalah penyanyi.

Mana tidaknya, filem asal ini tidak menunjukkan Prince Eric mempunyai sebarang lagu namun kehadiran Harry Styles dalam filem ini mungkin akan mengubah segalanya.

Bagaimanapun, tarikh tayangan masih belum diumumkan oleh pihak produksi.

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

'Sangkar', filem MMA pertama Malaysia tampil dengan trailer rasmi

‘Sangkar’, filem MMA pertama Malaysia tampil dengan trailer rasmi

RM400 juta untuk selenggara, naik taraf RKAT menjelang 2020

RM400 juta untuk selenggara, naik taraf RKAT menjelang 2020