in

Isteri Tengku Muda Pahang cedera dalam kemalangan

Isteri Tengku Muda Pahang cedera dalam kemalangan
KUALA LUMPUR: Cik Puan Muda Pahang, Cik Puan Muda Julita Aishah Abdul Latiff mengalami cedera ringan selepas kenderaan yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 25 Jalan Kota Tinggi-Mersing dekat Mersing, Johor

Ketika kejadian, isteri Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah itu dalam perjalanan pulang ke Kuantan dari Singapura.

Kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaikinya terlibat kemalangan dengan sebuah lori jenis Isuzu pada sekitar pukul 9 pagi tadi.

Selain beliau, turut mengalami kecederaan ringan ialah pemandu lori tersebut, Masod Daud, 53, yang berasal dari Mersing yang patah kaki kanan akibat kejadian tersebut.

Bagaimanapun, pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) berkenaan, Mohd. Shafiq Shahdan Mohd. Ali, 24, serta pembantu rumah yang merupakan warga Filipina pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing menerusi kenyataan berkata, kenderaan dinaiki Cik Puan Julita Aishah itu dalam perjalanan dari arah Johor Bahru menuju Kuantan.

“Semasa tiba di tempat kejadian, dipercayai pemandu MPV telah memasuki laluan bertentangan lalu berlanggar dengan sebuah lori di bahagian sisi kanan.

“Pemandu lori telah dikejarkan ke Hospital Mersing. Cik Puan Muda Pahang serta pemandu dan pembantu rumahnya pula dikejarkan ke hospital di Kuantan (Hospital Tengku Ampuan Afzan),” kata beliau.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Anjung tinjau kapal terbang terbuka pertama dibuka di KLIA

Anjung tinjau kapal terbang terbuka pertama dibuka di KLIA

Astro umum kerjasama eksklusif dengan iQIYI

Astro umum kerjasama eksklusif dengan iQIYI