in

Isu berlian palsu: Aishah, Vida selesai kes cara mediasi

Isu berlian palsu: Aishah, Vida selesai kes cara mediasi
KONTROVERSI berlian palsu yang tercetus antara dua personaliti ternama tanah air, Aishah dan Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Vida akhirnya menemui penyelesaian.

Kes berkenaan diselesaikan antara kedua-duanya menerusi mediasi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.

Menurut peguam yang mewakili Aishah, Muhammad Izwan Azmi, proses mediasi antara kedua-dua pihak berjalan dengan baik.

Kejayaan mediasi itu juga, kata Muhammad Izwan, sekali gus bermaksud tiada perbicaraan penuh yang akan berlangsung di mahkamah.

“Cuma terma-terma yang dipersetujui itu saya belum boleh nak kongsi. Butiran selanjutnya akan dijelaskan kemudian. Pihak Aishah dan Datuk Vida telah merekodkan penghakiman persetujuan di hadapan yang Arif,” kata Muhammad Izwan seperti dilaporkan portal berita Mstar.

Sementara, penyanyi lagu Janji Manismu itu pula dalam Instagram peribadinya memuat naik kenyataan media berhubung proses mediasi diringi dengan kapsyen bertulis: “Alhamdulillah settled!!!! Tunggukan PC mengenai kes ini nanti.”

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah settled!!!!Tunggukan PC mengenai kes ini nanti

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on

Persengketaan antara Aishah dan Vida tercetus apabila penyanyi ternama itu membuat pendedahan mengenai hadiah rantai bernilai RM80,000 yang ditaja usahawan kosmetik itu adalah palsu.

Penyanyi lagu Janji Manismu itu mengetahui bahawa barangan kemas yang diterima hasil hadiah kemenangan menjuarai progam Gegar Vaganza musim keempat itu bukan tulen selepas mengadakan pemeriksaan di kedai emas.

Rentetan daripada itu, sengketa antara mereka berpanjangan sehinggalah Aishah membuat keputusan membawa kes ini ke mahkamah.

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Isu Tabung Haji kembali hangatkan Dewan Rakyat

Isu Tabung Haji kembali hangatkan Dewan Rakyat

Polis sahkan Jeon Mi Sun meninggal dunia akibat bunuh diri

Polis sahkan Jeon Mi Sun meninggal dunia akibat bunuh diri