in

Kawan hilang bila dah kahwin? Ini luahan hati Luqman Hafidz

Kawan hilang bila dah kahwin? Ini luahan hati Luqman Hafidz
PELAKON Luqman Hafidz menulis sebuah coretan panjang lebar berkenaan hubungan persahabatan antara rakan-rakan lelaki yang mula berubah selepas berkahwin.

Seakan bait-bait lirik lagu rap, Luqman memuat naik catatan terbabit di laman Instagram miliknya menerusi sebuah entri terbaru untuk tatapan umum.

“Kawan hilang bila dah kahwin? Bukan nak cakap yang masih lepak itu win, lebih kepada membincangkan terputusnya silaturrahim.

“Dulu sebelum korang kenal kami kawan-kawan yang push lebih, “Pergi lah mintak nombor nanti melepas kau yang sedih”, tak menjadi kau nak give up kami sekeh, “mana tau dia jodoh kau, yang mahal memang selalunya susah weh”

“Zaman dating kami pun tumpang pening, ye lah time tu kan banyak dugaan berpusing-pusing, kena tempias, kami suara paling nyaring, “kau putus kau bongok, tengoklah esok dia cari lain”

“Alhamdullilah selamat sudah bersanding berdua, kami semua senyum sampai ke telinga, tumpang bahagia hari indah lagi mulia, sempat bisik “malam ni tidur awal la brother?”

“Tapi sayang lepas tu langsung tak bersua, sebulan sekali belum tentu jumpa, faham baru lepas kahwin korang perlukan masa, nak settle down ziarah jumpa semua sanak saudara.

“Ya sudah ada tanggungjawab baru, ada mulut nak suap ada yang nak rumah dulu. Ada yang pindah jauh beribu batu. Masih dalam WhatApps group kawan kawanku, tapi kini sepi diam membisu.

““Sorry lah kau fahamlah isteri aku bising”, aku angguk tanda setuju dia dulu baru yang lain, “takpelah kita lepak bila hal genting, utamakan keluarga itu yang paling penting,” tulis Luqman.  

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Perkara-perkara yang anda perlu tahu sebelum mengikuti jelajah gua

Perkara-perkara yang anda perlu tahu sebelum mengikuti jelajah gua

Stifling the Amman Message

Stifling the Amman Message