in

Keputusan Kes Bunuh Pelajar UPNM, Zulfarhan 31 Julai Ini

Keputusan Kes Bunuh Pelajar UPNM, Zulfarhan 31 Julai Ini
Isu & Kontroversi

Pada tahun 2017, Malaysia dikejutkan dengan satu kejadian buli yang meragut satu nyawa pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) iaitu arwah Zulfarhan Osman. Walaupun sudah dua tahun berlalu, kejadian ini masih segar di ingatan rakyat malaysia.

Pembunuhan dan kekejaman didakwa dilakukan oleh rakan universitinya itu membuatkan netizen geram, marah dan sedih. Terbaru menerusi Bernama, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah hari ini menetapkan 31 Julai ini sebagai tarikh keputusan kes melibatkan 19 suspek pelajar UPNM selepas mendengar hujahan dan penjelasan daripada kedua-dua pihak.

80 peratus melecur

Keputusan Kes Bunuh Pelajar UPNM, Zulfarhan 31 Julai Ini 1

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim berkata, antara intipati hujahan yang disentuh pihak pendakwaan berkenaan 90 kesan tekapan seterika wap pada mangsa.

Laporan yang diberikan pakar patologi dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Dr Salmah Arshad menunjukkan kesan tekapan itu menyebabkan mangsa mengalami 80 peratus melecur pada tubuh badannya.

Pihak pembelaan turut membangkitkan mengenai kesan kecederaan yang tidak kelihatan ketika kejadian namun, berdasarkan keterangan saksi mangsa menjerit setiap kali dipukul dan ditekap dengan seterika.

Tertuduh diwakili barisan peguam yang terkenal seperti Amer Hamzah Arshad, Datuk Ranjit Singh Dhillon, A.G. Kalidas, Datuk Hazizah Kassim, Datuk Seri M. Ramachelvam, Azizul Shariman Mat Yusoff dan Zamri Idrus.

Dua saksi utama kes

Keputusan Kes Bunuh Pelajar UPNM, Zulfarhan 31 Julai Ini 2

Sejak perbicaraan yang bermula pada Januari 2018, seramai 29 saksi pendakwaan telah memberi keterangan. Ini termasuk dengan dua saksi utama iaitu pelajar UPNM, Ahmad Senabil Mohd dan Mohd Syafiq Abdullah.

Selain itu, turut pihak pembelaan turut membangkitkan isu berkenaan punca kematian mangsa bukan disebabkan kecederaan ketika kejadian tetapi disebabkan faktor luaran dan peranan setiap pelajar UPNM terbabit serta niat bersama mereka seperti dalam pertuduhan.

Disamping itu, Julia turut berkata pihaknya menghujahkan bahawa prinsip niat bersama berjaya dibuktikan berdasarkan keterangan saksi yang melihat kejadian tersebut serta penglibatan setiap pelajar terbabit.

Hukuman mati mandatori

Keputusan Kes Bunuh Pelajar UPNM, Zulfarhan 31 Julai Ini 3

Seramai enam penuntut UPNM, Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali menghadapi pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman pada 22 Mei 2017. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mereka bersama 13 lagi penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mang­sa mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Sumber: Bernama

The following two tabs change content below.

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Neelofa intai peluang lakonan di Indonesia

Neelofa intai peluang lakonan di Indonesia

Mulakan "Misi Studi" anda dengan Astro Tutor TV

Mulakan “Misi Studi” anda dengan Astro Tutor TV