in

Ketahui Respon Huawei Mengenai Halangan Menggunakan Perkhidmatan Android

vHdvWTgFUsVq7r73rVPPh6


Sejak mula diumumkan Donald Trump, kecoh berita dunia dan media sosial mengenai keputusan yang dilakukan Amerika Syarikat dalam menyekat lesen Android dari Google untuk digunakan Huawei pada telefon pintar terbaru mereka.

HYPE
Bukan Memilih Kerja Tetapi Ini Antara Punca Ramai ‘Fresh Grad’ Menganggur

Baca lagi →


Berita ini bukan sahaja memberi kesan buat Huawei malah sejumlah penggunaanya di serata dunia. Walaubagaimanapun, telah diumumkan dimana telefon pintar Huawei sedia ada yang menjalani sistem operasi Android masih lagi boleh mengakses Google Play Store serta mengemaskini aplikasi tanpa sebarang masalah.


Terbaru, pihak Huawei secara rasminya telah mengeluarkan respon mereka terhadap insiden yang berlaku. Berikut merupakan kenyataan rasmi daripada Huawei.

huawei-mate-20-x-5g-2

Sumber: Cnet

Huawei merupakan sebuah jenama besar yang membantu kepada perkembangan sistem operasi Android buat pengguna seluruh dunia. Sebagai sebuah rakan kongsi Android, Huawei telah cuba sedaya upaya dalam menawarkan pengalaman penggunaan terbaik buat para pengguna serta memantapkan ekosistem.

Huawei berjanji untuk terus menawarkan kemaskini sekuriti serta perkhidmatan selepas penjualan terbaik buat pengguna Huawei dan Honor.

huawei-p30-pro-7

Sumber: Cnet

Berdasarkan kenyataan yang dibuat Huawei dapat disahkan pengguna sedia ada tidak perlu panik mengenai soal kemaskini telefon pintar mereka. Difahamkan Huawei telahpun membangunkan sistem operasi mereka sendiri yang dinamakan sebagai Hongmeng. Sama-sama kita nantikan kesinambungan diantara Huawei dan Amerika Syarikat yang sudah berlarutan sejak sekian lama ini.



Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Superhero Yang Membawa Mesej Keagamaan Tanpa Segan Silu

5 Superhero Yang Membawa Mesej Keagamaan Tanpa Segan Silu

5 Perubahan Baru Yang Perlu Dalam Sukan Bola Sepak

5 Perubahan Baru Yang Perlu Dalam Sukan Bola Sepak