in

Ladang lipas terbesar di dunia ini ternak lebih 6 bilion ekor untuk satu tujuan

Ladang lipas terbesar di dunia ini ternak lebih 6 bilion ekor untuk satu tujuan
LIPAS sememangnya dikenali sebagai haiwan pengotor dan pembawa penyakit namun tahukah anda, lipas juga boleh dibuat ubat. 

Bertempat di Xichang, daerah Sichuan, China, sebuah ‘ladang’ untuk menternak lipas telah siap dibina.

Bayangkan anda masuk ke dalam ladang tersebut, anda akan dihurung sebanyak hampir enam bilion lipas!

Menurut laporan media tempatan, South China Morning Post, ladang itu menempatkan lipas dari baka Periplaneta Americana atau lebih dikenali sebagai lipas Amerika.

BACA: 25 ekor anak lipas ditemui dalam telinga

Kesemua enam bilion lipas ini dijaga menggunakan teknologi artificial intelligent

Lipas yang memiliki ciri-ciri seakan kupu-kupu ini dibiakkan untuk dibuat ubat. 

Ubat yang terhasil daripada pembiakan lipas ini didakwa mempunyai agen penyembuh yang telah banyak menyelamatkan pesakit di China.

Menurut pengusaha ladang lipas, Geng Nengfu, kesemua lipas itu disimpan dalam bilik gelap di bawah suhu 10 darjah Celcius dan ia digunakan sebagai bahan asas untuk ubat-ubatan.

Bahan asas ini diamalkan sejak 2000 tahun lalu lagi dalam dunia perubatan mereka. – Sumber: South China Morning Post  

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pemuda dipenjara sehari kerana curi Musang King

Pemuda dipenjara sehari kerana curi Musang King

Lady Gaga akan sertai Marvel, bakal jadi kekasih Rocket Raccoon?

Lady Gaga akan sertai Marvel, bakal jadi kekasih Rocket Raccoon?