in

Laporan Audit: SPRM akan ambil tindakan

Laporan Audit: SPRM akan ambil tindakan
PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil tindakan terhadap projek-projek yang dibangkitkan dalam analisa Laporan Ketua Audit Negara Siri 1.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Beebi Koya berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat penuh berhubung laporan itu sebelum mengambil tindakan.

“Selepas mendapat taklimat daripada Jabatan Audit, kami akan memberikan fokus terhadap kes-kes yang mempunyai isu, dari situ kami akan mengambil tindakan,” katanya kepada Astro AWANI.

Laporan Ketua Audit Negara Siri 1 antara lain mendapat sebanyak sembilan Kontrak Perkhidmatan Perunding berjumlah RM9.18 juta serta satu Kontrak Pembersihan dan Pencucian Bangunan bernilai RM3.46 juta bagi Kolej PERMATApintar ditandatangani pegawai yang tidak diberi kuasa.

Kontrak juga tidak disemak Penasihat Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

BACA: Jabatan Audit kesan lima kes libatkan ketirisan RM1.76 bilion

BACA: Kontrak perolehan Kolej PERMATApintar ditandatangani pegawai tidak diberi kuasa

Laporan Ketua Audit Negara Siri 1 juga mendapati berlaku ketidakcekapan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) menguruskan pemulangan semula benih nanas MD2 oleh usahawan kontrak menyebabkan kerajaan menanggung kerugian RM3.71 juta.

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Berkumpul pukul 2 pagi untuk saksi fenomena gerhana bulan separa

Berkumpul pukul 2 pagi untuk saksi fenomena gerhana bulan separa

'Sangkar', filem MMA pertama Malaysia tampil dengan trailer rasmi

‘Sangkar’, filem MMA pertama Malaysia tampil dengan trailer rasmi