in

Mahkamah tolak permohonan Najib tangguh perbicaraan

Mahkamah tolak permohonan Najib tangguh perbicaraan
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagi membolehkan anak guamnya yang juga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke sidang Dewan Rakyat.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memberitahu, keputusan menolak permohonan tersebut dibuat kerana kes yang sedang berjalan adalah kes yang serius dan pengundian di Dewan Rakyat tidak diketahui bila akan diadakan.

“Saya telah mempertimbangkan permohonan ini namun tidak pasti bila pengundian di Dewan Rakyat akan berlaku.

“Bukan hak mahkamah untuk menghalang kehadiran Ahli Parlimen ke Dewan Rakyat. Bagaimanapun, tertuduh menghadapi beberapa tuduhan serius dan oleh itu mahkamah membenarkan perbicaraan ini diteruskan,” katanya.

Terdahulu Muhammad Shafee memberitahu mahkamah bahawa Najib perlu menghadiri persidangan Dewan Rakyat untuk membahaskan usul penting hari ini.

Beliau merujuk kepada usul pengisytiharan harta bagi semua anggota Parlimen, yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun, Pendakwaraya yang diketuai Peguam Negara, Tommy Thomas membantah permohonan itu dengan alasan seorang Ahli Parlimen seperti juga individu lain yang dihadapkan ke mahkamah perlu meneruskan perbicaraan.

Perbicaraan tujuh pertuduhan membabitkan dana SRC International melibatkan masuk hari ke-30 dengan saksi ke-42 bekas Pengarah Bukan Eksekutif SRC, Datuk Suboh Md Yassin, menyambung memberi keterangan.

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Gadis Berusia 22 Tahun Ini Jadi Jurukimpal Dalam Air Wanita Pertama Malaysia, Salute Lah!

Gadis Berusia 22 Tahun Ini Jadi Jurukimpal Dalam Air Wanita Pertama Malaysia, Salute Lah!

'Buku sekarang mahal' - A. Samad Said

‘Buku sekarang mahal’ – A. Samad Said