in

Masih bekerja pada usia 94 tahun, semuanya kerana minat kata Tun M

Masih bekerja pada usia 94 tahun, semuanya kerana minat kata Tun M
FUKUOKA: Minat yang mendalam pada kerja yang dilakukan menjadi dorongan utama Tun Dr Mahathir Mohamad terus bekerja sekalipun usia beliau sudah mencecah 94 tahun.

Menurut Perdana Menteri, apa yang beliau lakukan hari ini semuanya atas dasar minat dan usia pula bukan halangan.

“Kamu mesti mempunyai minat terhadap kerja yang kamu lakukan. Walau apa pun yang kamu mahu lakukan, kamu mesti ada perasaan bahawa ia mesti berbaloi dan bayaran atas usaha kamu itu bukan melalui wang yang kamu dapat, namun kepuasan daripada pekerjaan yang dilakukan.

“Jadi kalau kamu berpuas hati dengan apa yang kamu lakukan dan kamu akan lakukannya lagi dan lagi,” katanya menjawab soalan pelajar Sekolah Pemimpin Masa Depan Jepun (JFLS) di Fukuoka, Jepun pada Rabu.

Dalam sesi soal jawab berkenaan, Dr Mahathir berkata, Malaysia bukan sahaja memerlukan ilmu dan kepakaran Jepun, malah nilai budaya negara itu iaitu sikap rajin dan jujur.

“Sikap rajin dan jujur yang ada pada orang Jepun memastikan pembangunan ekonomi mereka. Ini yang perlu dilihat,” tambah Perdana Menteri lagi.

Menjawab dakwaan bahawa generasi muda Jepun tidak lagi rajin seperti generasi dahulu, Dr Mahathir berpendapat, masalah itu boleh diperbaiki jika setiap orang daripada mereka ada kesedaran.

“Tahukah kamu bahawa sistem generasi lama Jepun gunakan dulu membantu Jepun berjaya pulih semula. Jadi kamu boleh mengingatinya, dan kamu mengikutinya. Itulah yang kamu (generasi muda Jepun) perlu lakukan,” ujar beliau lagi.

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ini ucapan Rizalman sempena ulang tahun keputeraan Raja Permaisuri Agong

Ini ucapan Rizalman sempena ulang tahun keputeraan Raja Permaisuri Agong

Sains dan teknologi boleh melindungi atau membunuh manusia- Tun M

Sains dan teknologi boleh melindungi atau membunuh manusia- Tun M