in

Mulakan “Misi Studi” anda dengan Astro Tutor TV

Mulakan "Misi Studi" anda dengan Astro Tutor TV
ULANGKAJI hanya dengan menggunakan buku sudah pasti membosankan bukan?

Tentu sekali anda inginkan sesuatu yang mudah untuk anda faham dan menarik agar pengalaman ulangkaji anda berbeza setiap masa.

Apa kata anda mulakan ‘Misi Studi’ anda dengan menonton Astro Tutor TV.

Yang menariknya kali ini, Astro Tutor TV hadir dengan kandungan yang lebih interaktif dan menarik.

Klip-klip seperti Top Tips akan membuatkan pelajar mudah untuk memahami dan mengingati teknik serta  cara kerja dengan lebih mudah.

Di samping itu, Astro Tutor TV juga menampilkan 14 orang  “Guru Viral” yang dipertanggungjawabkan untuk menggalas tugas sebagai tutor.

Antara barisan cikgu yang akan mengajar anda di Astro Tutor TV ialah Sara Khan,Khairul Akhyar,Aisyah dan Fathi Hussien.

Setiap subjek yang diajar pula berlandaskan sukatan pelajaran yang telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan.

Sejumlah 145 episod ‘Misi Studi’ dihasilkan khas untuk para pelajar mengulangkaji sebelum menghadapi peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM.

Anda boleh menonton Astro Tutor TV UPSR (saluran 601), PT3 (saluran 602) dan SPM (saluran 603) dan ia juga boleh didapati melalui aplikasi dan laman sesawang Astro GO dan perkhidmatan On Demand.

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Keputusan Kes Bunuh Pelajar UPNM, Zulfarhan 31 Julai Ini

Keputusan Kes Bunuh Pelajar UPNM, Zulfarhan 31 Julai Ini

Sarimah Ibrahim timang seorang puteri

Sarimah Ibrahim timang seorang puteri