in

Neelofa intai peluang lakonan di Indonesia

Neelofa intai peluang lakonan di Indonesia
KUALA LUMPUR: Kita mungkin sering melihat wajahnya menghiasi program hiburan Meletop atau majalah-majalah fesyen tempatan.

Namun apabila ditanya mengenai lakonan, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih senang dipanggil Lofa mengatakan dia bakal kembali berlakon.

Malah, menurutnya dia akan cuba mengintai peluang untuk berlakon di negara jiran, Indonesia.

Selain itu, Lofa juga dikatakan bakal mengeluarkan terjemahan Al-Quran versi digital yang menggunakan suaranya sebagai suara latar.

Dia memaklumkan bahawa dia akan memulakan rakaman sebelum berangkat menunaikan ibadah haji bersama ibu dan dua orang adik lelakinya pada 4 Ogos ini.

Lofa juga menjangkakan akan menyempurnakan projeknya itu sebelum bulan Ramadan tahun hadapan.

Neelofa ditemui semasa pelancaran program Naura Shares edisi Haji yang berlangsung di mmCineplexes @ E-Curve, Damansara, Kuala Lumpur.

Selain Neelofa, turut hadir pada majlis tersebut ialah Atu Zero, Adam Corrie serta pasangan yang mencipta rekod apabila menjelah dari Malaysia ke Tanah Suci Mekah selama 15 bulan, iaitu Ahmad dan Adilah.

Naura Shares edisi Haji akan mula bersiaran pada 9 Ogos, jam 9 malam di saluran 125.

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tahap pencemaran sungai di Bandaraya Alor Setar berada pada Kelas Tiga

Tahap pencemaran sungai di Bandaraya Alor Setar berada pada Kelas Tiga

Keputusan Kes Bunuh Pelajar UPNM, Zulfarhan 31 Julai Ini

Keputusan Kes Bunuh Pelajar UPNM, Zulfarhan 31 Julai Ini