in

#PaidInternship: Kerajaan setuju naikkan elaun pelajar latihan industri kepada RM900

#PaidInternship: Kerajaan setuju naikkan elaun pelajar latihan industri kepada RM900
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menaikkan kadar elaun pelajar latihan industri kepada RM900 sebulan berkuatkuasa 1 September depan.

Jika sebelum ini pelajar dibayar sebanyak RM1.65 sejam, kini pelajar akan dibayar RM5 sejam.

Ini bermakna pelajar akan mendapat bayaran tiga kali ganda berbanding sebelum ini.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kenaikan kadar tersebut melibatkan semua kementerian, agensi dan juga Jabatan Kerajaan.

Syed Saddiq sebelum ini menekankan kepentingan pemberian elaun kepada pelajar terutamanya mereka yang berasal daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan golongan berpendapatan 40 peratus pertengahan (M40).

BACA : Elaun latihan praktikal: Utamakan belia, bukan keuntungan – Syed Saddiq

Hal ini kerana masih banyak anak muda dalam kalangan gologan B40 dan M40 yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya apabila mereka menjalani latihan praktikal, tetapi tidak mendapat elaun.

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tun Mahathir minta mereka yang terjejas akibat ribut supaya bersabar, bersyukur

Tun Mahathir minta mereka yang terjejas akibat ribut supaya bersabar, bersyukur

Peniaga

Peniaga ‘roti terbang’ zahir semangat merdeka dengan berpakaian Jalur Gemilang