in

Peguam Komen Tuduhan Rogol Juita Tak Sah, Ini Respon Pengarah

Peguam Komen Tuduhan Rogol Juita Tak Sah, Ini Respon Pengarah


Isu & Kontroversi

Episod akhir drama rantaian popular Nur 2 baru-baru ini telah dikritik oleh seorang peguam berkenaan babak juita yang ditahan atas tuduhan merogol. Menurutnya, belum ada dalam sejarah Malaysia, seorang wanita ditahan atas tuduhan merogol.

Berikutan kritikan tersebut, pengarah drama Nur 2, Shahrulezad Mohammedin tampil menjawab kritikan tersebut.

‘Adam cabar undang-undang berat sebelah..’

View this post on Instagram

Terima kasih pada lawyer Zabetha yg memberi komen terhadap scene Adam membuat laporan polis mengatakan dia dirogol dan scene polis menahan Juita atas tuduhan merogol. Ya betul kalau mengikut klausa undang undang Malaysia there is no such thing perempuan merogol lelaki. Tak pernah dalam sejarah perundangan Malaysia seorang wanita dituduh merogol. Belum ada. Mungkin Adam lah lelaki pertama di Malaysia atau di rantau ini yg mencabar undang undang berat sebelah itu di dalam Nur3 nanti bila Juita terlepas dari hukuman yg setimpal gara gara undang undang yg dirasakan berat sebelah baginya. Adam cuma mahu keadilan bagi dirinya yg menjadi mangsa kerakusan wanita seperti Juita. Abam kata mungkin yer… undang undang rogol yg dicipta mungkin tidak relevan pada masa kini bila mana hukumannya berat sebelah hanya pada lelaki saja. Tiada istilah perogol untuk wanita. Sedangkan telah mula ramai wanita yg berperangai seperti Juita dewasa ini yg sanggup melakukan apa saja demi nafsu. Dewasa ini banyak kes kes rogol yg mana mangsanya ialah lelaki mula berleluasa di dunia. Cuba Google. Di India. Di Afrika. Cuma undang undang di Malaysia sahaja yg masih memberi kelebihan melepaskan wanita dari tuduhan begitu. Di era hak kesamaan gender seperti ini sepatutnya undang undang sebegini di gubal. Bagi abam kalau lelaki boleh disabitkan dakwaan merogol wanita juga sepatutnya boleh disabitkan dakwaan merogol. Apa apa pun terima kasih sekali lagi di atas teguran itu. Tak salah Adam buat report polis merasakan dirinya di rogol. Yg salahnya ialah bila polis menahan Juita atas tuduhan merogol. Tu abam mengaku khilaf abam. Abam patut tulis Juita ditahan atas tuduhan sexual harrasment atau membuat tuduhan palsu. Mengikut klausa undang undang sedia ada adalah mustahil Juita ditahan begitu. Atau mungkin jugak Juita boleh saja menjadi wanita pertama di Malaysia ditahan atas tuduhan merogol sekiranya Adam berjaya mencabar undang undang sedia ada. Err…tu mungkin dalam Nur3 la… Abam kata mungkin yer… Hehehehe Haaa… Start la tu nak merepek. Abam kata mungkinnnnnnnnnnnn laaaa. Jangan nak berangan. Hello penat tak habis lagi ni hah. Haishh!

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat) on

Menerusi satu kenyataan di laman Instagramnya, Shahrulezad atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat mengucapkan terima kasih kepada peguam Zabetha yang memberi komen kepada dramanya itu. Dia mengaku sememangnya belum ada seorang wanita di Malaysia ini yang ditahan atas tuduhan merogol. Tapi, watak Adam lah yang mungkin lelaki pertama mencabar undang-undang berat sebelah di negara ini dalam Nur 3 nanti.

Menurutnya, undang-undang rogol yang dicipta adalah berat sebelah dan Adam hanya mahu mempertahankan dirinya yang menjadi mangsa kerakusan wanita. Tambahnya lagi, tiada istilah perogol untuk wanita tapi, realiti zaman sekarang ramai wanita yang berperangai seperti Juita.

Pengarah itu juga turut mengaku khilafnya tapi tetap mempertahankan babak tindakan adam yang membuat laporan polis. Baginya babak itu tidak salah, yang salahnya apabila polis menahan Juita atas tuduhan merogol. Sepatutnya dia mengarahkan Juita ditahan atas tuduhan gangguan seksual atau membuat tuduhan palsu.

Sumber: Budak Ijat

The following two tabs change content below.

Peguam Komen Tuduhan Rogol Juita Tak Sah, Ini Respon Pengarah 1

Hazurin

Be brave to stand for what you believe in even if you stand alone
Peguam Komen Tuduhan Rogol Juita Tak Sah, Ini Respon Pengarah 1

Latest posts by Hazurin (see all)

  • ‘Baby Tak Aktif Bukan Sebab Saya’ – PU Abu Salahkan Netizen Suka Kecam Buatkan Bekas Isteri Tertekan – 24/05/2019
  • ‘Saya Pendosa Dan Saya Percaya Allah..’ – Ammar Alfian Mohon Diberi Ruang Selamatkan Rumah Tangga – 23/05/2019
  • [VIDEO] Kejam! Lelaki Tembak Monyet Gara-Gara ‘Baby Sayang’ – 19/05/2019





Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Promosi Hingga 80%! Ini Sebab Anda Kena Dapatkan Barang Elektrik Dari One Living Puchong!

Promosi Hingga 80%! Ini Sebab Anda Kena Dapatkan Barang Elektrik Dari One Living Puchong!

Fackbook Acquires WhatsApp For $16 Billion

WhatsApp Bakal Mempunyai Iklan Bermula Tahun Hadapan