in

Pelantikan Mohammad Iskandar sebagai pengarah Intan ditarik balik – JPA

Pelantikan Mohammad Iskandar sebagai pengarah Intan ditarik balik - JPA
KUALA LUMPUR: Lantikan bekas Ketua Setiausaha Sulit Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Mohammad Iskandar Mohd Kaus sebagai Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) disahkan ditarik balik.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dollah berkata ia dibuat selepas
mengambil kira semua perkara yang telah dibangkitkan termasuk isu untuk berkhidmat dengan kerajaan memerintah.

“Kita sahkan telah tarik balik lantikan beliau dan kembali ke tempat asal. Kita mengambil kira semua perkara yang dibangkitkan dan pada awalnya kita merasakan bahawa pegawai selepas setahun lebih itu sudah bersedia, kita professional, kita hendak berkhidmat kepada kerajaan.

“Mengambil kira pandangan itu, kita tarik balik. Pelantikan baru boleh dibuat bila-bila masa, boleh jadi seminggu lepas ini.

“Mesyuarat jawatankuasa akan diadakan minggu depan. Calon-calon sebelum ini sudah ada, pengumuman boleh dibuat selepas itu (mesyuarat),” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Persidangan Perkhidmatan Awam 2019 (PPA2019) di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), pada Khamis.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan, laman Facebook Intan menyiarkan pelantikan Mohammad Iskandar sebagai pengarah institusi berkenaan.

Menurut Facebook itu juga, pelantikan Iskandar sebagai pengarah Intan ke-17 itu juga berkuat kuasa mulai Isnin.

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Polis sahkan Jeon Mi Sun meninggal dunia akibat bunuh diri

Polis sahkan Jeon Mi Sun meninggal dunia akibat bunuh diri

Kemerduan suara Umairah persis Siti Nurhaliza

Kemerduan suara Umairah persis Siti Nurhaliza