in

Penyanyi rock popular tahun 90-an ditahan

Penyanyi rock popular tahun 90-an ditahan
KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi kumpulan rock popular era 90-an ditahan polis kerana disyaki terbabit dengan aktiviti dadah di sebuah kabin di Taman Tenaga, Cheras di sini, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, penyanyi berusia 43 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9.30 malam selepas pihak polis menemui satu paket plastik lutsinar yang dipercayai mengandungi dadah methamphetamine seberat 0.6 gram di lokasi dia ditahan.

“Suspek ditahan bersama dadah yang dianggarkan bernilai RM100 di dalam sebuah kabin bersebelahan tempat cuci kenderaan.

“Suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine, amphetamin dan tetra hydrocannabinol (THC) berikutan hasil ujian saringan air kencing terhadapnya.

“Suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini (Jumaat) dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya ketika dihubungi Bernama, pada Jumaat.

Kumpulan rock yang dianggotai empat orang itu ditubuhkan pada 1994 dan kali terakhir mengeluarkan album kira-kira lima tahun lepas.

— BERNAMA

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Menteri nafi tempat duduk Najib di pertabalan Agong ditukar saat akhir

Menteri nafi tempat duduk Najib di pertabalan Agong ditukar saat akhir

Video Ramli Sarip nyanyi lagu kebangsaan Singapura tular di media sosial

Video Ramli Sarip nyanyi lagu kebangsaan Singapura tular di media sosial