in

Perkara-perkara yang anda perlu tahu sebelum mengikuti jelajah gua

Perkara-perkara yang anda perlu tahu sebelum mengikuti jelajah gua
SETIAP individu mempunyai keinginan untuk mengembara. Daripada usia yang muda lagi, kita sentiasa mempunyai sifat ingin tahu mengenai kawasan-kawasan yang belum diterokai. Antara keindahan alam yang seringkali menimbulkan soalan dan keinginan untuk mengembara ialah gua.

Menurut pakar, kita hanya menemui 1 peratus daripada jumlah gua yang terdapat di atas muka bumi ini. Ini bermaksud terdapat 100 kali ganda lebih banyak gua yang masih belum diterokai atau diketahui oleh kita secara kolektif.

Terdapat juga gua yang mempunyai ruangan seluas sebuah bandar seperti Gua Hang Son Doong di Vietnam yang mempunyai ketinggian 200m, kelebaran 150m, dan panjang 5km.

 

Tidak dinafikan terdapat banyak perkara yang perlu kita fikirkan sebelum menerokai sebuah gua, terutamanya jika ia merupakan kali pertama anda mengikuti aktiviti sebegini.
Perkara pertama yang harus anda buat apabila merancang sebuah jelajah gua ialah untuk pastikan bahawa aktiviti ini sesuai untuk anda.

Pastikan bahawa anda tidak mempunyai klaustrofobia atau takut berada di dalam tempat yang tertutup atau sempit. Anda juga harus pastikan anda tidak mempunyai ketakutan terhadap suasana gelap, serangga dan juga gayat.

Selain itu, anda juga harus mengelak daripada mengikuti jelajah gua sewaktu musim hujan kerana kebarangkalian untuk berlakunya banjir amatlah tinggi.

Di samping itu, pastikan bahawa anda tidak laksanakan sebuah jelajah gua secara berseorangan. Terdapat kemungkinan yang besar bahawa anda tidak dapat menggunakan telefon bimbit anda sewaktu menerokai sebuah gua, membuatkan kemungkinan untuk sesat sangat besar.

Perkara yang perlu kita ingat apabila mengikuti jelajah gua ialah bahawa kita harus kurangkan jumlah muatan kita sebanyak mungkin. Namun begitu, terdapat juga barangan atau peralatan yang tidak harus kita lupakan.

  1. Helmet – Sebuah helmet haruslah dipakai dalam apa jua situasi. Terdapat risiko kepala anda terkena stalagtit tajam, walaupun dengan memakai lampu suluh.
  2. Lampu suluh dan bateri ganti – Pakar mencadangkan bahawa penggiat aktiviti jelajah gua harus bawa sekurang-kurangnya dua unit lampu suluh, sekali dengan bateri ganti bagi setiap lampu suluh.
  3. Pakaian yang sesuai – Pastikan bahawa pakaian anda selesa dan tidak terlalu longgar. Pakaian yang mempunyai fabrik tebal membantu dalam mengelak luka-luka yang tidak diingini. Pastikan juga anda memakai kasut yang mempunyai daya cengkaman tinggi agar tidak mudah tergelincir di atas permukaan lantai yang licin dan tidak rata.
  4. Alat pertolongan cemas – Bagi mengelakkan jangkitan sekiranya terluka, pastikan anda membawa alat pertolongan cemas yang lengkap.
  5. Air dan makanan – Aktiviti ini amat memenatkan dari segi fizikal dan mental. Seelok-eloknya bawalah bekalan air dan makanan yang mencukupi.

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

“Allahuakhbar Api!”- Rumah Terbakar Gara-Gara Switch Box, Ibu Ini Kongsi Tips Supaya Tak Panik

“Allahuakhbar Api!”- Rumah Terbakar Gara-Gara Switch Box, Ibu Ini Kongsi Tips Supaya Tak Panik

Kawan hilang bila dah kahwin? Ini luahan hati Luqman Hafidz

Kawan hilang bila dah kahwin? Ini luahan hati Luqman Hafidz