in

Rekod 24 tahun pecah, Mariah Carey ucap tahniah kepada Lil Nas X

Rekod 24 tahun pecah, Mariah Carey ucap tahniah kepada Lil Nas X
SELEPAS memegang rekod lagu teratas paling lama di Billboard Hot 100, bintang pop diva Mariah Carey akhirnya akur melepaskan takhta yang dipegangnya selama 24 tahun.

Penguasaan carta Carey berakhir pada Selasa dan artis popular itu mengucapkan tahniah kepada penyanyi rap CowBoy, Lil Nas X setelah dia berjaya memecahkan rekod peribadi melalui lagu hit berjudul “Old Town Road.”

Lagu hit bergenre “Country-Trap” itu berjaya mengungguli carta Billboard untuk 17 minggu berturut-turut, memecahkan rekod dipegang Carey dan Boyz II Men melalui lagu hit “One Sweet Day” pada 1995, serta lagu “Despacito ” yang dinyanyikan Luis Fonsi, Daddy Yankee bersama Justin Bieber yang terikat dengan rekod sama (17 minggu dalam carta).

Sejurus mendengar khabar itu, Carey menerusi Twitter memuat naik sebuah foto berserta ucapan tahniah kepada penyanyi rap berusia 20 tahun itu.

Menariknya, gambar yang dimuat naik Carey itu turut mencuit hati orang ramai kerana ia menunjukkan Carey memegang obor dan ingin menyerahkan kepada Lil Nas X yang nama sebenarnya ialah Montero Lamar Hill.

“Menitip sayang & ucapan tahniah buat @LilNasX kerana berjaya memecahkan rekod lagu teratas paling lama dalam sejarah muzik!” tulis Carey.

“Kami bangga berjaya memegang rekod melalui lagu yang sangat bermakna kepada @BoyzIIMen dan saya sendiri serta ramai yang lain,” tambahnya.

Malah di Instagram, Carey mengeluarkan satu kenyataan tambahan dengan mendedahkan bahawa lagunya itu amat istimewa buatnya.

“Lagu One Sweet Day akan sentiasa berada di hati saya, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang pernah memberitahu saya bagaimana lagu ini cukup memberi kesan kepada mereka dan orang tersayang,” tulisnya.

Untuk makluman, kejayaan dan populariti lagu “Old Town Road” yang dicipta pada Disember 2019 ini dibantu menerusi aplikasi TikTok serta dijadikan runut lagu untuk drama bersiri TV.

Penyanyi rap Lil Nas X mulai berada di bawah label Columbia Records pada bulan Mac 2019, dan tidak lama kemudian mencetuskan sejarah apabila debutnya berada di tangga teratas carta Billboard Hot 100, Hot Country Songs dan carta Hot R&B/Hip-Hop.

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

"Anak rapat dengan saya walaupun ada pengasuh" - Zizie Izette

“Anak rapat dengan saya walaupun ada pengasuh” – Zizie Izette

Nor

Nor ‘Phoenix’ Diana pencetus wanita berhijab terlibat gusti