in

Remaja lemas semasa perkelahan bersama keluarga

Remaja lemas semasa perkelahan bersama keluarga
JULAU: Kegembiraan berkelah bersama keluarga dan kenalan sekitar 20 orang dari sebuah rumah panjang di Nanga Matop, Julau dekat sini bertukar sedih apabila seorang remaja lelaki lemas selepas terjatuh ke dalam sungai, petang Ahad.

Jurucakap polis dari IPD Julau, Malcolm Powell Anak Alphonsus berkata, seorang pelajar tingkatan dua dan tidak pandai berenang dikatakan telah tergelincir dari jambatan di tebing sungai.

Beliau berkata, mangsa dijumpai ahli keluarganya selepas lebih 30 minit daripada kejadian yang kemudian membawanya ke Klinik Kesihatan Julau.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, panggilan kejadian itu diterima pukul 2.31 petang dan satu pasukan terdiri enam anggota telah digerakkan ke lokasi.

Namun setibanya di lokasi kejadian, mereka telah dimaklumkan penduduk setempat bahawa mangsa telah dijumpai dan dibawa oleh ahli keluarga ke klinik.

“Mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mengalami pendarahan di telinga dan mulut, telah disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan,” katanya.

— BERNAMA

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Video Ramli Sarip nyanyi lagu kebangsaan Singapura tular di media sosial

Video Ramli Sarip nyanyi lagu kebangsaan Singapura tular di media sosial

Penyatuan semua kaum tunjang kekuatan negara - Ahmad Faizal

Penyatuan semua kaum tunjang kekuatan negara – Ahmad Faizal