in

RM400 juta untuk selenggara, naik taraf RKAT menjelang 2020

RM400 juta untuk selenggara, naik taraf RKAT menjelang 2020
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan memerlukan peruntukan sebanyak RM400 juta bagi menyelenggara dan menaik taraf 8,270 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) yang dikenal pasti rosak.

Kementerian melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam usaha mendapatkan peruntukan bagi menyenggara dan membaik pulih rumah-rumah berkenaan secara berperingkat bermula tahun depan agar dapat diguna dan diduduki semula.

“Kementerian mengenal pasti 9,744 unit bagi kategori unit kosong dan rosak dengan 1,474 unit kini dalam tindakan penyelenggaraan dan naik taraf tahun ini menggunakan Peruntukan Khas 2019 sebanyak RM50 juta,” demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.

Merujuk Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 1 pada Isnin, penyelenggaraan RKAT didapati kurang cekap apabila sebanyak 12,261 rumah itu tidak selamat diduduki.

Laporan itu turut mendedahkan objektif penyelenggaraan RKAT tidak tercapai sepenuhnya dalam menyediakan rumah yang kondusif dan selamat untuk anggota tentera. 

Menurut kenyataan itu, ATM memohon peruntukan perbelanjaan menyenggara RKAT sebanyak RM1,043.49 juta bagi tempoh 2015 hingga 2018, bagaimanapun hanya sejumlah RM258.45 juta diluluskan dan jumlah RKAT yang diselenggara bagi tempoh berkenaan adalah terhad.

Sementara itu, sejumlah 54,497 unit RKAT disediakan sehingga 2018 namun hanya 40,024 unit telah diduduki manakala sebanyak 12,261 tidak diduduki.

“Daripada baki 12,261 unit yang tidak diduduki, 783 unit dikategorikan sebagai tidak selamat, 1,734 unit disyor roboh dan 9,744 adalah kosong dan rosak,” menurut kenyataan itu.

Bagi kategori tidak selamat, sebanyak 535 unit adalah dalam proses dokumentasi untuk dirobohkan, manakala baki 248 unit akan dibaiki secara berperingkat manakala bagi unit yang disyor roboh, sebanyak 227 unit telah dirobohkan manakala 1,507 unit dalam proses kelulusan syor roboh. 

— BERNAMA

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Harry Styles bakal pegang watak Prince Eric dalam The Little Mermaid?

Harry Styles bakal pegang watak Prince Eric dalam The Little Mermaid?

"Ibu mana yang mahu anaknya bercerai?" - Tangisan duka ibu Fizo Omar

“Ibu mana yang mahu anaknya bercerai?” – Tangisan duka ibu Fizo Omar