in

Rusia cipta dron mirip burung hantu

Rusia cipta dron mirip burung hantu
MOSCOW: Rusia buat julung kalinya mempamerkan sebuah dron mirip seekor burung hantu pada ekspo tahunan kententeraan, Kementerian Pertahanan negara itu di Moscow pada Selasa.

Dron itu disamakan seperti burung hantu berbulu putih dengan sayap dan ekor yang khas dilengkapi dengan sinar laser untuk memandu artileri pasukan.

Dicipta dengan berat sekitar lima kilogram, pesawat yang diterbangkan dengan alat kawalan jauh itu mampu mengesan sasaran dalam jarak 10 meter.

Burung hantu tentera berwarna hijau keputihan itu juga mampu berada di udara selama 40 minit dengan liputan jarak sehingga 20 kilometer, lapor Daily Mirror.

Menurut laporan portal itu lagi, rekaan dron itu diambil daripada prototaip direka khas oleh penuntut Akademi Zhukovsky.

Selain dron burung hantu, tentera Rusia mendakwa akan mencipta drone lain berbentuk burung helang dan difahamkan mampu mengeluarkan suara yang sama seperti burung asli.

Bagaimanapun, tidak dijelaskan bila dron itu bakal dilancarkan.

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sajat lapor KPDNHEP, dakwa produk bengkung diciplak

Sajat lapor KPDNHEP, dakwa produk bengkung diciplak

Jalani Rawatan, Vokalis Megadeth Dave Mustaine Kini Bertarung Lawan Kanser Tekak

Jalani Rawatan, Vokalis Megadeth Dave Mustaine Kini Bertarung Lawan Kanser Tekak