in

‘Saya Baru Kehilangan Bonda Kesayangan’ – Video Anak Pengasas Dnars Skincare Maut Undang Sebak

‘Saya Baru Kehilangan Bonda Kesayangan’ – Video Anak Pengasas Dnars Skincare Maut Undang Sebak
Isu & Kontroversi

Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad dilaporkan meninggal dunia pagi tadi akibat kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand. Berita kematiannya disahkan oleh adiknya sendiri, Faizol Rohban Ahmad.

Kemalangan di Pattani, Thailand

‘Saya Baru Kehilangan Bonda Kesayangan’ – Video Anak Pengasas Dnars Skincare Maut Undang Sebak 1

Menerusi laporan Harian Metro, Faizol memberitahu bahawa kakaknya itu turun dari rumah di Kampong Palong, Tumpat pada jam 8 pagi bersama suaminya, Ahmad Sha Rizal Ibrahim dalam perjalanan ke pondok di Yala, Thailand untuk memberi sumbangan. Namun, pasangan terbabit terlibat dalam kemalangan dengan menaiki kereta Toyota Estima kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Kakak dan abang ipar keluar dari rumah mereka di Wakaf Bharu, Tumpat pada 8 pagi tadi dan dalam perjalanan ke pondok di Yala, Thailand untuk memberi sumbangan.

Setakat ini saya hanya dimaklumkan mereka terbabit kemalangan dengan lori dan kini jenazah kakak berada di hospital.

Menurutnya lagi, dia sekeluarga masih terkejut dengan kejadian itu dan mereka dalam perjalanan ke hospital. Kakaknya itu baru tiga hari pulang dari menunaikan umrah di Makkah dan selepas itu mereka ke Jakarta berbuka puasa bersama anak yatim.

Saya kehilangan bonda kesayangan..

Manakala, di Instagram anak lelakinya, Iqbar Hakim turut mengumumkan berita sedih yang baharu saja kehilangan bonda tercinta. Menerusi video tersebut, Iqbar memberitahu bahawa dia sedang dalam perjalanan pulang ke kampung dan meminta orang ramai sedekahkan surah Al-Fatihah kepada bondanya itu.

Mayat Faziani dibawa ke Hospital Pattani, Thailand.

Sumber: Harian MetroIqbar Hakim

The following two tabs change content below.

‘Saya Baru Kehilangan Bonda Kesayangan’ – Video Anak Pengasas Dnars Skincare Maut Undang Sebak 2

Hazurin

Be brave to stand for what you believe in even if you stand alone
‘Saya Baru Kehilangan Bonda Kesayangan’ – Video Anak Pengasas Dnars Skincare Maut Undang Sebak 2

Latest posts by Hazurin (see all)

  • [VIDEO] Kejam! Lelaki Tembak Monyet Gara-Gara ‘Baby Sayang’ – 19/05/2019
  • Chef Selebriti Adamidam Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Paru-Paru – 19/05/2019
  • ‘Saya Baru Kehilangan Bonda Kesayangan’ – Video Anak Pengasas Dnars Skincare Maut Undang Sebak – 18/05/2019

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

idea bekal anak

Tak Payah Berebut Ketika Rehat, Program Inisiatif Bekal Makanan Di Sekolah Ini Dapat Pujian

Orang Awam Dipelawa Kongsi Idea Tambahbaik Sistem Pendidikan Negara – KPM

Orang Awam Dipelawa Kongsi Idea Tambahbaik Sistem Pendidikan Negara – KPM