in

‘Sekolah Tutup Ke Tak Esok?’ Ini Yang Ibu Bapa Perlu Faham Tentang Pekeliling Jerebu Oleh KPM

‘Sekolah Tutup Ke Tak Esok?’ Ini Yang Ibu Bapa Perlu Faham Tentang Pekeliling Jerebu Oleh KPM

“Ish, sekolah tak tutup ke… Anak aku dah nak start sakit tekak dah ni.”

Peningkatan paras Indeks Pencemaran Udara (IPU) menyaksikan sebahagian sekolah terpaksa ditutup di beberapa negeri terutamanya di Sarawak, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan.

Namun, mungkin ada yang tak puas hati dan mengadu kenapa sesetengah sekolah ditutup dan manakala sebahagian lagi diteruskan seperti biasa meskipun berada di kawasan berdekatan.

Yelah, keliru jugak kan? Macam mana kat sana boleh tutup tapi kat sini tak tutup sedangkan IPU lebih kurang sama?

Berikut adalah beberapa perkara yang ibu bapa kena fahamkan tentang Pekeliling jerebu oleh KPM di sekolah.

1. Sekolah Hanya Ditutup Jika Bacaan IPU Mencecah 200

Sebenarnya KPM dahpun keluarkan pekeliling berkaitan jerebu, seperti yang pernah diwar-warkan oleh Menteri Pendidikan kita Dr Maszlee Malik.

Menurut pekeliling tersebut, sekolah diarahkan untuk tutup jika IPU melebihi 200.

Kadang tu walaupun kita nampak keadaan jerebu teruk, sekolah tidak boleh ditutup jika bacaan IPU tidak mencecah 200.

‘Sekolah Tutup Ke Tak Esok?’ Ini Yang Ibu Bapa Perlu Faham Tentang Pekeliling Jerebu Oleh KPM 1

‘Sekolah Tutup Ke Tak Esok?’ Ini Yang Ibu Bapa Perlu Faham Tentang Pekeliling Jerebu Oleh KPM 2

‘Sekolah Tutup Ke Tak Esok?’ Ini Yang Ibu Bapa Perlu Faham Tentang Pekeliling Jerebu Oleh KPM 3

2. Kenapa Sesetengah Sekolah Ditutup Walaupun IPU Belum Cecah 200

Dalam sesetengah kes, mungkin ada yang keliru sebab sesetengah sekolah tetap juga ditutup walaupun bacaan IPU hampir mencecah 200 dan sebaliknya.

Menurut Cikgu Mohd Fadli Salleh menerusi salah sebuah posting beliau:

Ada yang bacaan IPU belum cecah 200 namun JPN memutuskan nak tutup sekolah di sebahagian tempat kerana trend dan jangkaan IPU akan terus meningkat.

Ada yang bacaan setinggi 190 pun tidak diumumkan cuti kerana trend bacaan IPU menurun dan dijangka lebih baik keesokan harinya.

‘Sekolah Tutup Ke Tak Esok?’ Ini Yang Ibu Bapa Perlu Faham Tentang Pekeliling Jerebu Oleh KPM 4‘Sekolah Tutup Ke Tak Esok?’ Ini Yang Ibu Bapa Perlu Faham Tentang Pekeliling Jerebu Oleh KPM 5

3. Sentiasa Ambil Tahu Perkembangan Semasa

Walaupun trend bacaan boleh diramal, tapi kadangkala ada faktor luar seperti kebakaran boleh menyebabkan trend bacaan ini berubah.

Oleh itu, sentiasalah dapatkan perkembangan terkini menerusi media sosial Kementerian Pendidikan Malaysia untuk maklumat yang sahih.

‘Sekolah Tutup Ke Tak Esok?’ Ini Yang Ibu Bapa Perlu Faham Tentang Pekeliling Jerebu Oleh KPM 6

Jadual bacaan IPU dan jangkaan untuk setiap jam boleh dilihat di sini :

http://apims.doe.gov.my/public_v2/api_table.html

‘Sekolah Tutup Ke Tak Esok?’ Ini Yang Ibu Bapa Perlu Faham Tentang Pekeliling Jerebu Oleh KPM 7

4. Kesihatan Anak Lebih Utama

Menurut pekeliling, (Rujuk 4.8), ibu bapa yang bimbang kesihatan anak mereka dibenarkan tidak menghantar anak ke sekolah dan pihak sekolah hendaklah dimaklumkan hal ini.

Jadi, sekiranya kita rasa jerebu di kawasan kita teruk hingga boleh menjejaskan kesihatan anak-anak, tak perlu tunggu pengumuman sekolah ditutup untuk cutikan anak ya!

Hanya ibu bapa yang lebih tahu dan peka dengan kesihatan anak. Jadi ibu ayah kenalah alert, terutamanya jika anak kita ada penyakit berkaitan pernafasan seperti asthma, paru-paru dan seumpamanya.

‘Sekolah Tutup Ke Tak Esok?’ Ini Yang Ibu Bapa Perlu Faham Tentang Pekeliling Jerebu Oleh KPM 8

Tindakan Dijalankan Mengikut Prosedur

Oleh kerana IPU kadang-kadang tidak seperti yang dijangka, maka ibu bapa diharap sentiasa bersedia dengan kemungkinan penutupan sekolah terutamanya di kawasan terjejas.

Jangan kita asyik nak salahkah pihak sekolah pula kerana mereka hanya menerima arahan dan bertindak berdasarkan pelan tindakan keselamatan ini demi kebaikan anak-anak kita, ok!

Semoga jerebu dapat pulih secepatnya dan semua urusan kita serta anak-anak kita dipermudahkan agar semua aktiviti dapat berjalan seperti biasa.

[UPDATE]

Terkini, KPM telah mengeluarkan penambahbaikan dalam prosedur SOP berikutan kejadian jerebu yang semakin memburuk.

Antara penambahbaikan tersebut adalah mengumumkan penutupan sekolah pada setiap hari selewat-lewatnya jam 6 petang dan membenarkan guru untuk bekerja dari rumah ketika sekolah ditutup.

Baca selengkapnya di bawah:

‘Sekolah Tutup Ke Tak Esok?’ Ini Yang Ibu Bapa Perlu Faham Tentang Pekeliling Jerebu Oleh KPM 9

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Doktor Sakit Puan Luah Rasa Kecewa Klinik Diserbu, Ini Penjelasan KKM

Doktor Sakit Puan Luah Rasa Kecewa Klinik Diserbu, Ini Penjelasan KKM

“Bergoncang Jantung Abang”- Wajah Polis PBB Berhijab Indonesia Buat Ramai Jejaka Cair

“Bergoncang Jantung Abang”- Wajah Polis PBB Berhijab Indonesia Buat Ramai Jejaka Cair