in

Selepas sebulan merancang, impian Neelofa rakam suara untuk terjemahan al-Quran jadi kenyataan

Selepas sebulan merancang, impian Neelofa rakam suara untuk terjemahan al-Quran jadi kenyataan
PENGACARA dan usahawan Neelofa mengumumkan kerjasama perdana beliau bersama pembangun aplikasi digital Islamik global, Muslim Pro menerusi Makna By Lofa.

Makna By Lofa merupakan sebuah laman khas dalam aplikasi Muslim Pro yang menampilkan suara Neelofa sebagai medium bacaan maksud bahasa Melayu bagi ayat-ayat al-Quran.

“Sebelum ini, semasa membaca al-Quran, saya akan membuka buku yang berlainan untuk mencari maksud ayat. Namun, kebanyakan buku yang saya ada ditulis dalam bahasa Inggeris.

“Jadi, inisiatif untuk mewujudkan laman Makna By Lofa dalam aplikasi Muslim Pro adalah disebabkan kekurangan maksud ayat-ayat al-Quran yang ditulis dalam bahasa Melayu,” katanya menerusi sebuah kenyataan media.

Sebagai permulaan, Makna By Lofa akan menerbitkan audio berbentuk suara Neelofa yang membacakan maksud ayat-ayat al-Quran dalam Juzuk 30 atau Juzuk Ammar.

“Bacaan maksud surah-surah Juzuk Ammar merupakan fasa pertama Makna By Lofa.

“Insya-Allah, selepas ini, ia akan hadir dengan fasa kedua dan ketiga iaitu bacaan maksud surah-surah terpilih serta bacaan seluruh ayat al-Quran,” katanya lagi.

Neelofa turut menambah, dia sangat gembira kerana perjalanan mewujudkan Makna By Lofa dipermudahkan.

“Mewujudkan laman khas ini tidak mengambil masa yang lama, sekitar sebulan selepas idea dicetuskan. Saya bersyukur kerana segala perjalanan dipermudahkan,” katanya.

Neelofa berharap agar Makna By Lofa dapat memberi manfaat khususnya kepada mereka yang ingin belajar tentang maksud pada setiap ayat al-Quran.

“Semoga apa yang saya kerjakan bersama Muslim Pro ini dapat dimanfaatkan oleh semua, insya-Allah,” ujarnya.

Pengguna boleh mencari laman khas Makna By Lofa dengan mudah menerusi gambar Neelofa yang digunakan sebagai ikon. 

Laman khas tersebut tidak hanya untuk pengguna di Malaysia, tetapi boleh diakses oleh semua 74 juta pengguna aplikasi Muslim Pro dari seluruh dunia.

Neelofa juga merupakan individu pertama yang meminjamkan suara bagi bacaan maksud ayat-ayat al-Quran dalam bahasa Melayu dalam aplikasi Muslim Pro.

Aplikasi Muslim Pro dan Makna By Lofa boleh dimuat turun daripada Apple Apps Store dan Google Play Store.

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Takut Masuk Dewan Bedah? Ini Pesanan Doktor Buat Pesakit Yang Bakal Menjalani Pembedahan

Takut Masuk Dewan Bedah? Ini Pesanan Doktor Buat Pesakit Yang Bakal Menjalani Pembedahan

Objek menyerupai bom mortar ditemui di Segambut

Objek menyerupai bom mortar ditemui di Segambut