in

Semak Fakta: Polisi pembetulan Astro AWANI di platform digital

Semak Fakta: Polisi pembetulan Astro AWANI di platform digital
DALAM bidang kewartawanan, kesalahan boleh berlaku walau selepas berlakunya prosedur yang membabitkan ketekunan.

Di platform digital Astro AWANI, kami tidak akan teragak-agak untuk memberi maklum balas apabila perlu diberi perhatian.

Semak Fakta di www.astroawani.com memperbaiki kesalahan-kesalahan secepat mungkin secara telus.

Kami mengambil sepenuhnya tanggungjawab sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan akan membuat pembetulan dalam masa 24 jam.

Bagaimanapun, sekiranya kesilapan berkenaan membabitkan siasatan yang mendalam, kami memerlukan sekurang-kurangnya 72 jam untuk membuat pembetulan.

Kami di Astro AWANI amat menghargai pendapat anda dan sebarang komen boleh dihantar di semakfakta@astroawani.com.

Dalam masa sama, Astro AWANI turut memberi tumpuan pada platfom media sosial dan kami sentiasa mengalu-alukan sebarang pandangan dan kritikan daripada anda pembaca budiman.

Suka untuk kami ingatkan, apabila kesalahan pada satu artikel berlaku dan fakta baharu ditambah untuk menambah nilai pada penulisan itu, ia akan terpapar sebagai ‘Semak Fakta’ di tajuk berita itu.

Pembetulan yang  merangkumi kesalahan ejaan, struktur ayat dan kesilapan kecil pula tidak terangkum dalam segmen ‘Semak Fakta’ kami.

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

'Sumpah saya tak ingat' - Radhi OAG diminta buat sumpah nafi lafaz cerai kepada isteri

‘Sumpah saya tak ingat’ – Radhi OAG diminta buat sumpah nafi lafaz cerai kepada isteri

'Lagi cantik kalau tertutup semua' - Bunga Citra Lestari dikecam gara-gara foto seksi

‘Lagi cantik kalau tertutup semua’ – Bunga Citra Lestari dikecam gara-gara foto seksi