in

Shuib kena bahan lagi, kali dengan Zizan dan Siti Sarah

Shuib kena bahan lagi, kali dengan Zizan dan Siti Sarah
KISAH motosikal “Mat Bunga” si Shuib nampaknya belum berakhir.

Selepas dihiaskan oleh sang isteri tercinta dengan hiasan ‘paling meriah’ sehingga menerima gelaran “beca Melaka” oleh rakan pelawak Zizan Razak, video live Instagram mereka pula kini menjadi perhatian.

BACA: Motosikal kesayangan Shuib kini jadi motosikal “Mat Bunga”

Video perbualan mereka yang ketika itu sedang berbincang untuk ‘ride atau race’ (berlumba atau menunggang secara santai) berjaya menarik sehingga 20,000 tontonan.

 

Netizen mungkin juga hendak mendengar dan melihat respons si Shuib selepas insiden motor berhiasnya itu.

Dalam video tersebut Shuib juga mengakui telah menanggalkan segala perhiasan pada motosikal kesayangannya itu dan turut mengaku dimarahi oleh isterinya Siti Sarah.

Namun apa yang menarik ialah di hujung perbualan mereka itu secara tiba-tiba sahaja muncul Siti Sarah yang ‘potong line’ perbualan dan hasrat mereka untuk menunggang motosikal bersama sehingga Shuib dilihat terkedu.

Aksi itu sekali lagi mengundang ketawa si Zizan.

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sah dilamar Marvel, apa agaknya watak adiwira Keanu Reeves nanti?

Sah dilamar Marvel, apa agaknya watak adiwira Keanu Reeves nanti?

Anjung tinjau kapal terbang terbuka pertama dibuka di KLIA

Anjung tinjau kapal terbang terbuka pertama dibuka di KLIA