in

Siapa juara Ceria Megastar Ministar musim pertama?

Siapa juara Ceria Megastar Ministar musim pertama?
SELEPAS sembilan minggu berentap, empat bintang cilik mara ke peringkat akhir konsert Ceria Megastar Ministar 2019 bagi merebut gelaran juara pada 16 Ogos ini.

Empat ‘ministar’ tersebut adalah Aliff, Cici, Eiffel dan Putri selepas kesemua mereka mempamerkan aksi menakjubkan pada peringkat separuh akhir, Jumaat lalu.

Pada malam konsert tersebut yang bertemakan ‘We Can Duet’, lima Ministar ditugaskan untuk membuat persembahan secara duet bersama artis undangan.

Bagaimanapun, Ministar Timah yang berduet dengan penyanyi, Shila Amzah dengan lagu ‘Shallow’, nyanyian asal Lady Gaga dan Bradley Cooper gagal mara ke konsert akhir apabila diumumkan tersingkir pada akhir siaran itu.

Pada peringkat akhir, keempat-empat peserta bakal membuat persembahan bersama artis-artis popular tanah air seperti Hael Husaini, Haqiem Rusli dan Andi Bernadee.

Juara musim pertama pertama Ceria Megastar Ministar 2019 bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM 20,000 dan sebuah trofi, manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing bakal menerima wang tunai RM10,000 beserta trofi.

Program nyanyian kanak-kanak itu dihoskan oleh pengacara dan pelakon, Nabil Ahmad.

Manakala, pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Nawawi dan pelawak dan pelakon, Zizan Razak bertindak sebagai juri tetap.

Jadi, jangan lupa saksikan gelagat kanak-kanak yang berbakat besar ini pada Konsert Finale Ceria Megastar Ministar 2019, pada Jumaat ini jam 9.00 malam hanya di saluran Astro Ceria (CH611), Astro Prima (CH105) dan Astro Prima HD (CH121).

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Polis akan panggil Dong Zong, Koon Yew Yin, Zakir Naik - Muhyiddin

Polis akan panggil Dong Zong, Koon Yew Yin, Zakir Naik – Muhyiddin

Dr Mahathir pandu Proton Saga baharu kelilingi ibu negara

Dr Mahathir pandu Proton Saga baharu kelilingi ibu negara