in

SPRM: Tiada lagi pakai baju lokap oren, gari hanya jika perlu

SPRM:  Tiada lagi pakai baju lokap oren, gari hanya jika perlu
PUTRAJAYA: Amalan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek untuk dibawa ke mahkamah dihentikan, umum Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya hari ini.

Beliau berkata ia adalah sejajar dengan anggapan tidak bersalah serta Fasal 5(1) Perlembagaan Persekutuan.

Mengenai gari tangan, Latheefa dalam satu kenyataan berkata ia hanya digunakan apabila perlu misalnya jika terdapat risiko terlepas lari atau berkelakuan agresif.

“Walaubagaimanapun, penggunaan gari adalah tidak dibenarkan di dalam ruang bilik mahkamah,” katanya.

Latheefa menegaskan SPRM tidak akan berkompromi sama sekali dalam pembanterasan rasuah dan dalam berbuat demikian, pihaknya pada setiap masa akan mendukung kedaulatan undang-undang.

— BERNAMA

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ambil alih 4 lebuh raya, pembayar cukai jimat RM5.3 bilion - Guan Eng

Ambil alih 4 lebuh raya, pembayar cukai jimat RM5.3 bilion – Guan Eng

History and heritage in art

History and heritage in art