in

‘Sumpah saya tak ingat’ – Radhi OAG diminta buat sumpah nafi lafaz cerai kepada isteri

'Sumpah saya tak ingat' - Radhi OAG diminta buat sumpah nafi lafaz cerai kepada isteri
VOKALIS kumpulan OAG, Muhammad Radhi Razali atau lebih dikenali sebagai Radhi OAG mengatakan beliau tidak ingat sama ada pernah mengucapkan lafaz cerai kepada isterinya, Nur Shahira Ayu Zahir atau tidak di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Isnin.

“Sumpah saya tak ingat apa yang dilafazkan,” katanya ketika  diminta oleh pihak mahkamah untuk mengesahkan lafaz cerainya.

Oleh itu, beliau telah diminta oleh Hakim Syarie, Husaini Roslin untuk tampil semula ke mahkamah pada 16 Julai depan bagi membuat sumpah nafi, lapor Sinar Harian.

“Mahkamah tidak mahu kamu membuat sumpah nafi pada hari ini kerana azabnya (kesan) di dunia dan akhirat sangatlah besar,” ujar Husaini Roslin pada Isnin.

Tambahnya lagi, pihak mahkamah memberikan masa untuk Radhi berfikir dengan sebaik-baiknya sebelum melafazkan sumpah nafi itu.

Sumpah nafi ialah sumpah yang perlu dibuat seseorang bagi menafikan apa yang dikatakannya sebelum mahkamah membuat keputusan.

Sebelum ini, Nur Shahira, 25, memaklumkan kepada mahkamah bahawa suaminya telah melafazkan talak di rumah mereka jam 4.30 pagi pada 25 Mac lalu selepas berlaku pertengkaran mulut di antara pasangan itu.

Pada prosiding itu, Nur Shahira berkata, beliau tinggal berasingan sejak talak itu dilafazkan Radhi.

Shahira memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya pada 3 Jun lalu mengikut Seksyen 57 Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Pasangan tersebut bernikah pada 14 April 2014 dan telah dikurniakan dua orang anak iaitu Nur Aisyah, 4, dan Muhammad, 3.

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

We Are Here: Monsta X gegar Stadium Malawati sempena konsert jelajah

We Are Here: Monsta X gegar Stadium Malawati sempena konsert jelajah

Semak Fakta: Polisi pembetulan Astro AWANI di platform digital

Semak Fakta: Polisi pembetulan Astro AWANI di platform digital