in

Suri rumah maut motosikal rempuh kerbau

Suri rumah maut motosikal rempuh kerbau
HULU TERENGGANU : Seorang suri rumah maut selepas motorsikal yang ditunggangnya merempuh seekor kerbau pada awal pagi Sabtu.

Nahas berlaku di kilometer 7 Jalan Kuala Ping-Teris, Hulu Terengganu pada kira-kira jam 1.20 pagi.

Kemalangan itu menyebabkan mangsa Rofaidah Muda, 52 tahun maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Ketika kejadian mangsa yang menunggang motorsikal jenis Demak Evo ZR dalam perjalanan pulang ke rumah ibunya di Kampung Nibong.

Sejurus tiba di lokasi kejadian mangsa cuba memberhentikan motosikalnya namun terlanggar seekor kerbau.

Ekoran itu, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke tengah jalan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Zahid AF bercerai

Zahid AF bercerai

#AgongKita: Kaji semula program pembangunan sukan untuk lahir atlet berjaya, titah Al-Sultan Abdullah

#AgongKita: Kaji semula program pembangunan sukan untuk lahir atlet berjaya, titah Al-Sultan Abdullah