in

Tahap pencemaran sungai di Bandaraya Alor Setar berada pada Kelas Tiga

Tahap pencemaran sungai di Bandaraya Alor Setar berada pada Kelas Tiga
ALOR SETAR: Tahap pencemaran sungai di Bandaraya Alor Setar kini berada pada Kelas Tiga, yang memerlukan rawatan intensif segera kerana tidak lagi boleh digunakan untuk bekalan air kepada penduduk.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga, Zamri Yusuf berkata pencemaran berlaku akibat sikap penduduk yang berterusan membuang sampah ke dalam sungai terutama yang menetap berhampiran sungai.

“Tahap kebersihan sungai dibahagikan hingga Kelas Lima, Kelas Tiga inilah yang kotor dan tidak sesuai digunakan untuk aktiviti seharian manakala Kelas Dua masih boleh digunakan.

“Kita boleh tukar sungai kita dari Kelas Tiga ke Kelas Dua dengan menjaga kebersihan sungai, namun apa yang merisaukan apabila Kelas Dua bertukar kepada Kelas Tiga dan inilah yang kita perlu beri perhatian,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan kerajaan negeri di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Mengenai MoU itu katanya, UKM akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dari empat daerah iaitu Padang Terap, Pendang, Kubang Pasu dan Alor Setar menjalankan kajian di sungai di setiap daerah berkenaan mengikut tiga fasa untuk tempoh enam bulan.

Zamri berkata, menerusi kajian UKM itu, pelbagai data akan dikumpul dan dianalisis untuk dijadikan asas kepada penulisan Pelan Tindakan Komuniti Lestari Lembangan Sungai Kedah 2020-2030 yang akan menjadi teras kepada pengukuhan aspek governan dan pengurusan Lembangan Sungai Kedah.

“Penyelidikan UKM bersama kerajaan negeri akan memperincikan sehingga kepada hidupan belakang batu dalam sungai untuk menentukan sungai terbabit berada di kelas berapa yang turut membabitkan kerjasama penduduk dan peniaga berdekatan sungai, pelajar sekolah serta PBT,” katanya.

Sementara itu, katanya kerajaan turut merancang untuk melantik 1,500 penduduk untuk menjadi sukarelawan perkongsian air yang menjadi mata dan telinga kerajaan untuk melaporkan mengenai kegiatan pencemaran sungai berhampiran kediaman masing-masing.

— BERNAMA

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

‘Perangai Macam Pondan!’ – Raja Yunika Mengamuk Dengan Aliff Aziz, Dakwa Jadi ‘Korban’

‘Perangai Macam Pondan!’ – Raja Yunika Mengamuk Dengan Aliff Aziz, Dakwa Jadi ‘Korban’

Neelofa intai peluang lakonan di Indonesia

Neelofa intai peluang lakonan di Indonesia