in

[TERKINI] Semua Sekolah Di Pasir Gudang Diarah Tutup Serta-Merta

[TERKINI] Semua Sekolah Di Pasir Gudang Diarah Tutup Serta-Merta

KENYATAAN MEDIA – UNTUK SIARAN SEGERA

[TERKINI] Semua Sekolah Di Pasir Gudang Diarah Tutup Serta-Merta 1[TERKINI] Semua Sekolah Di Pasir Gudang Diarah Tutup Serta-Merta 2

SEMUA SEKOLAH DI DAERAH PASIR GUDANG DIARAH TUTUP SERTA MERTA

Berdasarkan kepada situasi semasa dan makluman daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan untuk menutup semua, 111 sekolah di daerah Pasir Gudang berkuatkuasa serta-merta pada hari ini (13 Mac 2019) sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Sehubungan itu, semua murid, guru, kakitangan dan pekerja di semua sekolah-sekolah berkenaan tidak perlu hadir ke sekolah masing-masing sehingga situasi kembali pulih.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia memohon agar semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

DR MASZLEE MALIK
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
13 MAC 2019, 10.30PM

*Sumber: Facebook Dr Maszlee Malik

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tampak Cantik Berseri Masa Wedding Dengan 5 Tips Pilih MUA Ni Girls!

Tampak Cantik Berseri Masa Wedding Dengan 5 Tips Pilih MUA Ni Girls!

Peminjam PTPTN Liat Bayar Hutang Mungkin Akan Disekat Ke Luar Negara Semula

Peminjam PTPTN Liat Bayar Hutang Mungkin Akan Disekat Ke Luar Negara Semula