in

‘Tunggu Balasan Dari-Nya’ – Netizen Tak Setuju Zakir Naik Dilarang Berceramah Di Malaysia

‘Tunggu Balasan Dari-Nya’ – Netizen Tak Setuju Zakir Naik Dilarang Berceramah Di Malaysia
Isu & Kontroversi

Umum sedia maklum berkenaan isu penceramah terkenal Dr Zakir Naik berkenaan tentang ceramahnya yang didakwa berbaur perkauman. Terbaru, menerusi Harian Metro, pihak polis telah mengeluarkan satu arahan larangan penceramah tersebut untuk menyampaikan ceramah awam di seluruh negara.

Hal ini menimbulkan persepsi dalam kalangan orang ramai yang rata-rata membantah tindakan pihak polis yang menganggap ianya mencalarkan imej seorang pendakwah Islam.

Demi keselamatan negara

‘Tunggu Balasan Dari-Nya’ – Netizen Tak Setuju Zakir Naik Dilarang Berceramah Di Malaysia 1

Arahan tersebut dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor dan telah disahkan oleh Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad. Tindakan ini diambil demi keselamatan negara.

Arahan itu dikeluarkan kepada kesemua kontinjen polis di seluruh negara dan dilakukan demi keselamatan negara dan memelihara keharmonian kaum.

Beri keterangan selama 10 jam

‘Tunggu Balasan Dari-Nya’ – Netizen Tak Setuju Zakir Naik Dilarang Berceramah Di Malaysia 2

Semalam Dr Zakir Naik dipanggil oleh pihak berkuasa ke Bukit Aman bagi memberi memberi keterangan kedua. Sebelum ini dia telah memberi keterangan pertama kira-kira lima jam pada jumaat lalu.

Mohon maaf secara terbuka

‘Tunggu Balasan Dari-Nya’ – Netizen Tak Setuju Zakir Naik Dilarang Berceramah Di Malaysia 3

Terbaru, menerusi akaun Facebook miliknya, Dr Zakir Naik telah membuat permohonan maaf susulan ucapan yang didakwa menyinggung perasaan masyarakat bukan Islam.

Saya sentiasa menjadi orang yang berpegang kepada keamanan kerana itulah yang disebut al-Qur’an. Sudah menjadi misi saya untuk menyebarkan kedamaian di seluruh dunia.

Malangnya, saya menghadapi pengkritik yang cuba menghalang saya daripada menjalankan misi saya.

Seperti yang anda perhatikan sejak beberapa hari kebelakangan ini, saya dituduh menyebabkan masalah perkauman di negara ini dan pengkritik saya telah menggunakan ayat terpilih yang diambil di luar konteks dan menambah rekaan yang aneh ke dalamnya.

Hari ini, saya telah menjelaskan pendirian saya kepada polis.

Bagaimanapun, saya sedih bahawa episod ini telah menyebabkan ramai orang bukan Islam telah menganggap saya sebagai seorang yang rasis.

Apa yang merisaukan saya mereka yang terluka tidak pernah mendengar ucapan saya tetapi hanya berdasarkan tanggapan mereka terhadap petikan (ucapan) di luar konteks.

Yang membimbangkan bagi saya kerana ia membawa kemudaratan kepada imej Islam dan berfungsi untuk membuat orang jauh daripadanya.

‘Tunggu Balasan Dari-Nya’ – Netizen Tak Setuju Zakir Naik Dilarang Berceramah Di Malaysia 4

Walaupun saya telah menjelaskan pendirian saya, namun, saya merasakan saya perlu meminta maaf kepada semua pihak yang terkesan salah faham ini.

Saya tidak mahu mana-mana daripada anda menyimpan perasaan sakit terhadap saya. Ia bukan niat saya untuk mengganggu mana-mana individu atau masyarakat.

Ia bertentangan dengan prinsip-prinsip asas Islam, dan saya ingin memohon maaf atas salah faham ini.

Pada masa yang sama, dengan rendah hati saya merayu anda semua terutamanya kepada orang bukan Islam.

Sila luangkan masa untuk mendengar ucapan saya secara keseluruhannya. Syarahan saya di YouTube, Peace TV, dan aplikasi mudah alih TV Peace.

Akhir sekali, saya sangat tersentuh oleh beratus-ratus ribu orang yang menyokong saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua. Jazaak Allaahu Khairan. Semoga Allah membalas anda semua dengan kebaikan.

Semoga dipermudahkan dan dilindungi-Nya

‘Tunggu Balasan Dari-Nya’ – Netizen Tak Setuju Zakir Naik Dilarang Berceramah Di Malaysia 5‘Tunggu Balasan Dari-Nya’ – Netizen Tak Setuju Zakir Naik Dilarang Berceramah Di Malaysia 6

Kalau macam tu sia-sia je buat rukun negara

‘Tunggu Balasan Dari-Nya’ – Netizen Tak Setuju Zakir Naik Dilarang Berceramah Di Malaysia 7‘Tunggu Balasan Dari-Nya’ – Netizen Tak Setuju Zakir Naik Dilarang Berceramah Di Malaysia 8‘Tunggu Balasan Dari-Nya’ – Netizen Tak Setuju Zakir Naik Dilarang Berceramah Di Malaysia 9

Sumber: MalaysiaKiniHarian Metro

The following two tabs change content below.

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lawatan Dr Mahathir ke Rusia dijangka tingkatkan lagi hubungan

http://www.astroawani.com/berita-dunia/lawatan-dr-mahathir-ke-rusia-dijangka-tingkatkan-lagi-hubungan-216594

Ini sebab mengapa

http://www.astroawani.com/berita-hiburan/ini-sebab-mengapa-sangkar-perlu-ditonton-216776