in

“Tunggu mama ya Pitt’ – Nota Fauziah Nawi undang kesyahduan

"Tunggu mama ya Pitt
HATI ibu mana yang tidak luluh apabila melalui episod kedukaan menghantar anak tercinta ke tempat berehat paling abadi.

Sekuat mana hati, secekal mana emosi sekalipun, perpisahan dengan anak melalui kematian adalah perkara yang paling sukar untuk diterima sesiapa pun.

Seperti wanita lain, pelakon ternama, Fauziah Nawi juga tidak ketinggalan sukar membendung kesedihan apabila anak tercinta, Mohd Firdaus Mohamad Hanif dijemput Ilahi lebih awal berbanding dirinya.

Sangkaan Fauziah, Mohd Firdaus atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif yang akan menghantarnya ke tempat berehat paling abadi, namun, takdir menentukan sebaliknya.

Di laman Facebook peribadinya, seniwati yang disegani ramai itu menulis nota syahdu yang mengundang sebak dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan Allahyarham Pitt.

Wahai anakanda Mohd Firdaus bin Hj Mohd Hanif aka Pitt Hanif ramai yg menghantar mu wahai anak ke negeri abadi mu dengan doa serta kasih sayang.

Mama hanya mampu menitipkan doa untuk mu wahai anak. Moga kau dalam pelukan kasih sayang Allah Rab mu.

Mama ingat Pitt yg akan menghantar mama ke kuburan seperti Pitt menghantar arwah baba lebih 20 tahun lalu. Tapi Allah lebih Mengetahui,” kata Fauziah dalam catatan itu.

Jenazah Allahyarham Pitt Haniff dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Taman Keramat, Kuala Lumpur sekitar jam 2 pagi Isnin.

Allahyarham yang berusia 43 tahun, sebelum itu dibawa dari Hospital Kuala Lipis, Pahang sekitar jam 10.30 malam dan tiba di Kuala Lumpur dua jam kemudian.

Jenazah Allahyarham juga dibawa ke rumah ibunya di Taman Melati sebelum dikebumikan.

Balu Allahyarham Pitt Hanif, Farah Ahmad menabur bunga di kubur suaminya. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR

Pitt yang juga seorang pengarah filem lemas pada Sabtu ketika memancing di Sungai Jelai dekat Jambatan Gemunchur Mela, Lipis, Pahang sekitar pukul 1 tengah hari pada Sabtu.

Pemergiannya ke rahmahtullah disambut dengan penuh kesedihan namun penuh reda oleh keluarga dan  rakan-rakan penggiat seni.

Allahyarham Pitt adalah seorang karyawan seni yang berjiwa besar.

Beliau pergi menemui Pencipta membawa bersama seluruh kecintaan pada kerja seni.

Bahkan, personaliti menawan Pitt menyebakan Allahyarham sangat-sangat disayangi seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan.

Kesedihan terpamer di wajah Fauziah Nawi yang kehilangan anak tercinta. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR

Kerana itu, nota selamat tinggal Fauziah buat anaknya itu menyebabkan mereka yang mengenali Allahyarham kembali menyelak satu persatu kenangan yang pernah dirakamkan bersama Pitt.

Semoga Pitt berehat dengan damai di sisi Yang Maha Esa.

Pitt, sampai masanya nanti pasti kamu akan kembali bertemu dengan orang yang kamu kasihi terutamanya isteri, anak-anak dan ibu kandungmu.

Tunggu mama ya Pitt,” demikian nota titipan kasih dan cinta yang tidak berpenghujung daripada Fauziah buat Allahyarham Pitt Hanif.

BACA: “Pitt.. damailah di sana, kami akan merindui kamu”

BACA: Jenazah Pitt Haniff selamat dikebumi

Source link

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kerajaan yakin penduduk Kampung Baru setuju dengan tawaran baharu

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-yakin-penduduk-kampung-baru-setuju-dengan-tawaran-baharu-221139

Perpaduan kaum di negara ini masih erat - Waytha Moorthy

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/perpaduan-kaum-di-negara-ini-masih-erat-waytha-moorthy-221132